Sunday, May 2, 2010

..::iNb0x FasA 1::..

Assalamualaikum....

tadi buka inbox---baca msg2 ni... dah lama tersimpan...sayang nak delete ....maybe org yg bg msj ni pon dah x igt.....jom layan..

Kisah cawan yang cantik, asalnya dari tanah liat yang kotor, pernah kau berfikir betapa sakitnya dibentuk, dibakar, dicat, kemudian dibakar lagi..sakit!!!

namun tak siapa yang peduli. dia terkejut melihat dirinya berubah cantik dan dipamerkan ditempatyang mulia..namun sayang, mereka hanya mengkagumi kecantikannya dari luaran & tidak berminat mengikuti proses pembentukannya.
Sahabat,kita ditarbiah dgn cara yang berbeza, NAMUN ARAH KITA SAMA, RASUL DAN NABI DIUJI DENGAN TARBIAH BERBEZA tetapi diseru umatnya dalam TALI PEGANGAN YANG SAMA.
~ zuraidah nasution-kmph-22/10/2007


Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru & penuh ketenangan, tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia didalamnya,,,,
begitulah juga dgn kehidupan manusia, riang dan ketawa , tapi hanya Allah yang tahu rahsia hidupnya,...
jika rasa kecawa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang...
jika bersedih pandanglah ke langit, ....kamu akan sedar bahawa Allah akan sentiasa bersamamu...
~Syarifah fadhilah- Tahapian-2/11/2007

Lena dalam iman, bangun nnt dalam aman, ...jangan lupa syhdah, bangkit nnt alhamdulillah....Hidup meniti arus ujian, kita mungkin kalah mungkin menang.namun org mukmin xkan lari dari kesilapan...hati2 kemudi laluan, jangan tersasar arah...kpd Allah jua kita berserah.."inna ma'al 'usri yusra"(sesungguhnya bersama kesusahan ialah kesenangan)
~Munirah-kmph-3/11/2007

Andai kita menghitung semula usaha kita, mgkn kita x mampu tersenyum....namun bila kita mengenangkan rahmat dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya, senyumlah.....yakinlah...dan teruskan berdoa.. Lakukan yg terbaik.Ma'an najah fil imtihan, fid dunnia wal akhirah
~kak nasibah jamil-kmph-8/11/2007

Tidakkah engkau mengetahui bahawa Tuhanmu memiliki kekuasaan yang tanpa batas....baik skrg mahupun dahulu... lepaskan dirimu dari kesedihan..sbb tiada satu pon yg terus menetap.. Demikian pula dgn kesedihanmu..xmgkn akn terus menerus berlanjutan... Infakkan diri & harta pada jalan Allah. Perjuangn menuntut segala pengorbanan dan keseluruhan kekuatan. mudahan setelah ini..Allah akan melihat engkau dgn penglihatan yang penuh rahmat...
~Mukaramah-kmph-24/12/2007

"Pemuda Islam diumpamakan seperti air. Hendaklah sentiasa mengalir bergerak dari hulu ke hilir.. jangan dibiar bertakung di dalam bekas..nnt akn busuk dan tercemar..."
~unknown number-28/4/2008

"Man solla subha fi jama'atin, fa kaan nama solla laila kullaha-siape yg solat subuh berjemaah, pahala seakan dia telah solat qiam sepanjang malam"-HR Muslim
~unknown number-14/7/2008

"bekunya air mata daripada kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa, banyaknya dosa dari lupanya mati, lupanya mati kerana cintakan dunia..Moga istiqamah dlm ibadah.....
~unknown number-12/8/2008






No comments: