Monday, December 28, 2009

DRABC....not ABC!!

assalammualaikum...

i would like to share with you guys about this useful method which is very important for our basic knowledge, but truly from me, i just heard bout this today...credit to "someone" that realized me bout all of those "information".After sometimes i spend bout an hour "menggoogle" and it's my pleasure to share with all of you...sharing is caring..rite??

If you happen to come across a casualty, you will need to assess the situation before anything else. It can be useful to remember DRABC, which stands for Danger, Response, Airway, Breathing and Circulation.

Danger
First and foremost, ensure that you or the casualty aren't in any danger. First of all, make the situation safe and then assess the casualty.

Response
Check the casuality to see if they are conscious. If you are not sure or the casuality seems unconscious you can check this by shouting:

'Hello', 'Can you hear me?', repeat this while gently shake their shoulders.

If There is a Response
  • If you can see no further danger, leave the casualty in the position that you found them and call for help (999) if needed
  • Treat any injuries found, if you can. Make sure you monitor crucial signs, including their level of response, their pulse and their breathing.
  • Continue monitoring and speaking to the casualty either until help arrives or they recovers
If There is No Response
  • Shout out for help to people passing by, they can then call for help while you stay with the casuality.
  • If at all possible, try to leave the casualty in the position you found them in and open their airway.
  • If this is not possible, gently roll the casualty onto their back and then open their airway.

Airway
To open the airway, put one hand on the casualty's forehead whilst gently tilting their head back.

This will move the casualty's tongue away from the back of the mouth insuring they do not choke.

Breathing

  • Look, feel and listen and for a maximum of 10 seconds to see if the casualty is breathing regularly
  • Look to see if the chest is inflating and deflating while listening for signs of breathing
  • You can also feel for breath against your cheek.
If and when the casualty is breathing normally, place them in the recovery position whilst check for other life-threatening conditions such as critical bleeding and treat as necessary.

Not Breathing
If the casualty is not breathing normally begin CPR immediately.





Circulation

  • feel the pulse at the neck (carotid pulse)

  • if pulse is present , continue EAR at the rate of 15 breaths per minute. Check breathing anf the pulse after 1 minute, then after every 2 minutes

  • if pulse is not present, commence CPR (cardiopulmonary resuscitation)

  • check breathing and the pulse after 1 minute , then after every2 minutes. If the pulse returns, continue EAR. If breathing returns , turn the casualty to a stable side position. Check for and manage shock, bleeding and other injuries

  • seek medical aid.

sources:
http://www.safekids.co.uk/FirstAidCasualtyResponse.html
http://rcssas.tripod.com/drabc.html




Tuesday, December 15, 2009

la-zy...are you??



assalamualaikum w.b.t...

hari ni tiada kuliah...tiada juga madrasah imam nawawi... pagi ni sangat sejuk... kalau bertemankan "cik SARA dan tuan TOGA" mesti best..tapi nanti boleh dapat penyakit... mata akan bengkak gara2 terlebih... (*_^)

Tiba-tiba teringat kenangan di smapK.. sekolah keduaku yg memberi impak yang sangat besar dalam hidup ni (TAHAP pon bg best gak...biah solehah yg sgt2 terasa...tp skg ni xtawla..)...jasa guru-guru dan sahabat seperjuangn di sekolah dulu x dapat aku ungkapkan dengan kata2...jasa kalian sangat banyak...

Masih segar dalam ingatan...perjalanan ke smap bukanlah mudah seperti yang aku sangka. Menaiki bas Transnasional atau Utama express (prefer Utama sbb sgt selesa) ke Pudu raya. Kemudian menusup di celahan orang ramai utk menaiki LRT ke Bandar Tasik Selatan.. kemudian, tukar ke stesen KTM ke Kajang... (pernah je terlepas stesen sbb tertdo...hehe).. lepas tu naik teksi ke smap...kalau pakcik jaga tu x bagi teksi masuk ke perkarangn sekolah maka terpaksalah "kami" berjalan kaki dari pintu sekolah ke aspuri dengan membawa muatan yg berat dan memakan masa 15minit(tp biasenye blh je teksi masuk)..

Kita akan lbh menghargai apa yang kita dapat (baca:ilmu) jika kita berusaha dengan sendiri... apalagi jika ianya sangat mencabar... hidup sebuah pengembaraan...apalah sangat jika nak dibandingkan dengan sahabat2 nabi, tabi'in, itbaut tabi'n,para ilmuan zaman dahulu yang sanggup mengembara semata2 untuk menuntut ilmu...

Imam Ahmad berkata "Aku mengembara untuk mencari hadits dan sunnah ke Tsughur, wilayah Syam, Sawahil, Maroko, Al-Jazair, Madinah, Irak, wilayah Hauran, Persia, Khurosan, gunung-gunung dan hujung dunia"

ruj:Rahsia Ibadah Generasi Shalih, Sami bin Muhammad.

sebenarnye boleh je mintak tolong dengan keluarga ayah saudara di Bangi... bila dah sampai kat Pudu minta tlg dia ambil dan hantar ke sekolah.... tapi takkanlah kita nak selalu bergantung harap dengan orang lain... camane kalau in case die ade hal dan tak dapat tolong hantar ke sekolah...mak pun slalu pesan.. "jangan selalu bergantung harap dengan orang lain"..

em...kalau kat ardhul kinanah ni selalu je tertelan habuk, kene marah dengan pakcik arab, kene perli dengan muda mudi arab yang selalu menyangkakan egypt ni lebih maju dari malizia.. saye setuju dengn pendapat wani_dealova dalam entry yang ditulis satu masa dahulu... doktor keluaran mesir ni bukan saje blh jadi doktor...tapi dalam masa yg sama blh jadi tukang paip, tukang masak, dan mcm2 lglah...tp bukanlah student di egypt je yg blh cungkil bakat2 terpendam ni...sesiapa je even di malaysia sekalipun, kalau die tinggal berasingan dengan keluarganya, bukanlah kebebasan yang didambakan tetapi berdikari yang menjadi satu aset yg sgt penting utk meneruskan hidup...

Aku tau ade org yang lbh perit liku dlm hidupnye utk menuntut ilmu... lebih tajam onak duri yang ditempuh... jadi...kalau kita recall semula memori semua tu... kita xboleh duduk senang lenang skrg ni... jadi ape yg aku nak sampaikan ni lbh ditujukan utk diri sendiri supaya

"JANGAN MALAS".

sekian...moga amik iktibar...

Sunday, December 13, 2009

midyear exam

Hours

Subject

Date

Day

11.:30

Physiology

28/1/2010

Thursday

10:00

Anatomy

31/1/2010

Sunday

10:00

Biochemistry

2/2/2010

Tuesday

10:00

Hist

4/2/2010

Thursda

















midyear exam... for 2nd year conventional student... UM,Egypt
Rabbuna yusahil...ameeen..

*credit to medicalclick



Tuesday, December 8, 2009

special gift for Sina

this post is special for my beloved sis...enjoy it adek!!












p/s: adek..please manage & use your time wisely during the holiday... jgn maen2..taun dpn dah PMR

Wednesday, November 25, 2009

Kuma Kawaii

assalamualaikum w.b.t


alhamdulillah selesai Hari Pencalonan utk Pemilihan Jawatankuasa Perubatan Cawangan Mansurah... resultnye dah pon keluar dan boleh dilihat di sini. Sehingga saye mengupdate blog ini, borang penarikan diri masih lg dibuka utk mana2 calon akhowat ttp sudah ditutup utk calon ikhwah krn borangnya adalah terhad...

InshaAllah selepas ini akan berlangsung Hari Pengenalan Pencalonan pada 1 Disember 09. Mungkin ade yg masih tdk mengenali calon2 yg terpilih,maka yg demikian..datanglah ke hari manifesto nanti...bak kata org..xkenal maka x cinta...mcm mane nak mengundi kalau x kenal org yg perlu diundi??

Sehingga ke hari ini juga ada di antara plj Mansurah yg masih konfius ape itu JPC....ape itu MTC... Kecewa juga rasanya..apalagi yg xtahu adalah dr kalangn batch sendiri...kerana ape yer..?
adakah kerana kegagalan unit penergn @ penerbitan dalam jawantankuasa program...atau kerana mereka yg tidak tahu ini diibaratkan seperti _____________? khayal dengan dunia sendiri tanpa menghiraukan kaedaan yg berlaku di sekeliling...saya tidak nafikan belajar sangat penting...ttp sbg mahasiswa yg intelektual, kita perlu ambil cakna apa yg berlaku di sekeliling kita... minta maaf saya katakan bahawa ada di kalangan batch saya sendiri tidak tahu ape itu UPI...(unit pembangunan insan) setelah masuk ke tahun 2...anehkah atau biasa2 aje??

takpela...sebelum menuding ke arah org lain...better kita lihat diri sendiri kan...mungkin kerana kurgnya promosi dan iklan disebarkan di kalangn plj thn 2...tp ...sangat2 sedih... :((
Lepas ni ade hari mengundi(2/12) dan mesyuarat tahunan cawanagn(3/12)...apa2 maklumat berkenaan hari Pengundian akn diupdate disini.

dalam kaedaan yg mcm ni....aku suka skali buat sesuatu yg unexpected.... em..hr ni aku beli Kuma kat kedai pet depan kuliah Tibb... Kuma dan Kame... (Kame tu fatihah punye).. xtaw nak bg Kuma makan ape....ade org kate kalau kecik2 ni die karnivor...dah besar skit baru omnivor... ptg td meng"google" hanya sbb nak tau pasal Kuma @ nama family die red-eared slider/ Trachernys scripta... nak bg die makan ape ea??bg makan sayur mcm xnak makan je...esok nak cari lg makanan die...kalau sape2 yg ade pengalamn atau tips2 nak jaga Kuma ni blhla respon sini yer..


jom layan gambar2 Kuma!! rumah Kuma & Kame


Kuma kiri...Kame kanan

p/s:slamat hari raya aidil adha

Sunday, November 15, 2009

aduhai si "nang"

Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia pembloggeran, nuffnang. Apakah nuffnang?! Kebanyakan kita semua tahu ia adalah medium iklaneka yang diletakkan di blog-blog bagi memperoleh sedikit wang. Diulangi, hanya sedikit wang! Lama-lama jadi bukit? Ah, berapa sen sangat.

Maaf. Bukan marah, tapi ada satu isu yang saya ingin nyatakan di sini. Terkadang mungkin kita terlepas pandang. Saya melihat, saya mengkaji dan saya meng'explore'... tentang nuffnang. Dan apa yang saya dapati ada sedikit salah urat di sana. Di beberapa blog yang tuannya kurang perasan.

Apakah yang tuan blog itu kurang perasan???

Mereka tidak perasan bahawa di sebelah kanan blog mereka ada banner boikot barangan israel, maggi, nokia, nestle dan sebagainya. Tapi di sebelah kiri blog pula terhidang satu iklan yang mempromote produk-produk tersebut. Pelik bukan?! Sungguh pelik, memboikot dan mempromosi pada masa yang sama...


Yang di sebelah kiri itulah nuffnang, medium yang mempromosi tadi. Sudah pasti banyak di antara tuan-tuan dan puan-puan blogger tidak perasan hal ini. Ini kerana iklan pada nuffnang adalah rawak...

So fikirkanlah apa tindakan anda selepas ini. Mencabut yang sebelah kiri.. atau yang sebelah kanan.. ???

"Yang sebelah kanan bendera putih bu. Yang sebelah kiri bendera hitam. Yang tengah-tengah, bendera belang-belang... he he he he", kata Bunga dalam pidatonya.


Sumber: pemuda epal


p/s: saye ade masalah nak delete akaun nuffnang...aduyai...

Sunday, November 1, 2009

rubik cube


salam...

ni rubik cube...
i'll find it soon!!
alhamdulillah...

significance: main2 bila mata dah kuyu--

p/s:special post utk bintunmalick sbb die tanye dalam post sebelum nie

(*_*)

Monday, October 26, 2009

..::pecut::..

alhamdulillah dah hampir seminggu aku di bumi anbiya' ni....dan hampir 2 minggu aku dah ketinggalan kuliah...adeih..X0X0

aku masih ingat..sebelum pulang ke mesir...20/10 yang lalu..kami sekeluarga berkumpul kembali di klia....except adik perempuanku(sina) yg sdg menuntut di SSP, Cyberjaya.Dia tak mendapat kebenaran utk keluar outing walaupun skejap.Menangis2 dia call suruh mak pujuk cikgu..tapi aku tau mak x mungkin pujuk cikgu walaupun peluang tu ade...maklumlah...mak kan pernah jadi cikgu..mak mesti paham kenapa cikgu tu tak bagi adek outing kan...tapi takpelah dik... kita kan dah celebrate befday petang tu...penat cari kek blueberry jumpa gak akhirnye...kat mesir ni xjumpe lagi...

adik lelakiku pula(azfar) yg kini menuntut di kolej risda, melaka,dia pula diberi keizinan utk drive sendiri kereta ke klia...dengan syarat kene ade kawan teman(aduih..tercabar rasanye sbb aku yg dah tukar lesen pon x boleh bawak kereta sendiri) aku ingat lg mak pernah cakap.."klau pa yg bawa kete mak boleh tido....tp kalau wana yg bawak kete mak xkan tido.." haha..nampak sgt aku bawak kete mcm ntah ape2 je...xpe..practise make perfect...tak lame lg ok lah...kalau kete sorong aku boleh bawak...xkan kete biase aku xleh kan!!!ops...apepun aku lega bila nampak kelibat die kat klia malam tu...beware pa!!!aok tu lesen P lagi...ingat tuh...bawak kete molek eh (time kasih la kat kawan2 pa yg teman malam tu)

abangku(asyran) dah kakak ipar(kak haini) ade same2 ngan aku...yg ni aku tak risau sangat... except masa a.yan drive kat highway...dia akan cakap ...."wana,,pakai sit belt" then aku paham la maksudnye tu...

abang sulung pula(anuar) drive dari perak...bertolak lbh kurang jam 5pm...sbb baru abis ngajo kat ILP...kami semua berkumpul di klia...dan akhirnya aku berlepas jam 1150pm..berat rasanya kaki melangkah memikul amanat semua yg percaya kpdku...terutama skali mak..doakan la kajayaan anakanda yg jauh nie.....tp rasa somethg wrong somewhere la masa naik flight tu...baru aku teringat rubic cube... aku tak bawa rubic cube naik flight...adush...mesti agak bosan...aduyai...

* * *
skrg ni sesi pecut....banyak perkara yg nak dilakukan....
nak amik result...nak translate...nak gi YP...nak cover study....nak cari rubic cube...ops...rubic cube dah xde kat kedai Disney depan kuliah tibb...mana lagi aku nak cari....

sebenarnye....aku xde point nak post ape....iman gesa suruh update....so update la skit2... kat rumah(pahang) slalu je bukak blog...kadang2 1hari sampai 3 kali...tp malas sgt nak updt.. aduyai...

erm...baru je habis baca buku CATATAAN HATI NIK NUR MADIHAH...kenal ke siapa die ni? xkan xkenal...kim impossible...(~_*) ---buku ni act beli utk Sina...tp mak ckp mak dah belikan utk die...so..aku bawa terbang ke mesir la---

maybe aku boleh kongsi skit pasal adek Nik ni....bila dah habis baca buku sal adik ni...rasa cam malu sangat2 dengan usaha adik ni....Sungguh aku tidak sangka adik ni sangat luar biasa... Madihah yg sentiasa optimis dalam kehidupan tidak pernah menyesal dengan ape yg die ada...kemiskinan bukanlah penghalang utk madihah mengecapi kejayaan..kesederhanaan hidupnya mendekatkan dirinya kepada Sang Pencipta...dia tak pernah menyalahkan ibu bapanya atas kemiskinannya....pesanan ayahnya sentiasa tersemat di hati..
"jgn bercita2 nak jadi doktor..peguam..engineer atau sbgnya...itu adalah cita2 makan gaji..tapi tanamlah azam utk jadi org yg cerdik..kerana kalau kita cerdik..kerja akan datang sendiri kpd kita"

Menitis air mata kagum tatkala aku membaca buku ni...so..ape tggu lagi??jom baca...!!


p/s: tenkiu very much kpd sesape yg wish befday hari tu...
: thanx utk kabert0 yg sentiasa dgn kejutan...(*-*)

Sunday, October 4, 2009

??

terkesima ++ terkilan

Friday, September 4, 2009

xnak update lagi...

assalamualaikum...

sudah sebulan x diupdate...
xde intenet kat umah...
dan xnak update skrg ...
bersaksikan kak ha (tumpang guna wireless kat umah die)
saya hanye akan update setibanya kat Malaysia...
at de royal town of pahang...
so...pasni jgn gatai nak bukak blog...
kemas barang!!!
3 days left..
x sabar nak balek....
home sweet home!!!

P/S:thanx for nescafe & pieces of cakes.... (*_~)
: asif giddan sbb blog ni dah hampir sebulan x dipedulikan....nnt dah sampai Msia nak renovate smule....

Thursday, July 23, 2009

sUmMeR!!

assalamualaikum w.b.t

SUDAH lame tidak meng'update' blog ni...
rase belum punya waktu yg sesuai...

USAI kendali satu program kecil di bawah ESE aka extravagant summer edition iaitu jaulah ke Fayoum bersempena cuti musim panas ni...aku mengikuti pengembaraan akhowat mansurah ke Matruh & Siwa....terbukti kebesaran Allah yg tertulis dalam ummul kitab al-quran....
bergetar jiwa melihat dengan mata kepala sendiri akan kebesaran Allah menciptakan makhluknya di muka bumi ni...ungkapan Subhanallah seringkali terucap di bibir2 peserta jaulah ke Matruh Siwa....

AKU paling tertarik ketika syeikh yg juga merupakan imam masjid Siwa ade menerangkan kpd kami....dalam bhs arab fushah(arab standard)....

"dalam perjalanan ke Siwa..jika kalian tak tido....kalian ade perhatikan satu jarak di mana tiada penduduk....tanah yg kering kontang...tiada pokok......ttp tdk lama slps itu kalian tiba di Siwa....dan nampak banyak pokok terutama pokok kurma...tanah yg subur, berpenduduk...dan semua ini ada termaktub dalam surah Yaasin ayat 33-34...."

SAYA minta sahabat sekalian ambil masa dalam 2 minit utk buka kitab Allah dan bacalah ayat tersebut....-sungguh rugi bagi sesiapa yg tidak memahami.....

UNTUK semua peserta jaulah ke fayoum....saye mintak maaf bebanyak atas segala kekurangan yg dihadapi....baru tahun satu...sudah ditaklifkan utk kendali jaulah ini...tentu sahaja byk kekurgan & kelemahan.....syukran terutama kpd ajk2 jaulah....kak syamilah...kak manal...yati...fateha...husni...syazuwani & aisyah...moga kita semua terus thabat utk berjuang dijalanNya...-trimas juga utk mushrif2 jaulah ke fayoum ni (*-*)

DAN mungkin sy blh mengambil peluang ini utk memaklumkan sekali lagi bahawa baki bayaran utk jaulah ke fayoum 35+28le tlh disumbangkan kpd ESE.hari tu dah annouce dlm coaster kalau ade sesiapa yg nak tuntut baki blh jumpa saye atau bendahari jaulah...kalau x tuntut dikira derma utk ESE...dan sampai skrg tiada siapa pon yg tuntut duit baki...syukran kathir kpd semua peserta...mudahan amal kebajikan kalian semua diterima Allah dan dibalas pula dgn kebaikan....ameen...saya mintak maaf dan halalkan jika ade yg terkurang yer...(x berani bermain dgn harta orang lain).

SUDAH malas utk terus mencoret...jom layan gambar2 ni... nampak mcm mushrif2 kat ats tu tgh posing (nak snap bukit je taw sbenanye)
bahru agiba
bahru abyad(sbb warna putih)
kubu alexandria di kota lama siwa

bahru agiba(snap dari atas)

Sunday, June 28, 2009

serching m0_od..


assalamualaikum w.b.t...

searching mood....kalau fateha(housemate) baca mesti dia senyum sorang2.... sbb pada masa saya update blog yg dah berhabuk ni....status ym fateha adalah "searching mood"

then..saye ym dia ...."cuba check mood awak kat bawah katil....sebab tadi nampak mcm ade kat bawah katil...satu mata merah...satu mata biru...."

lepastu..saye kene marah la....hehe...marah seorg housemate...nak marah tapi mcm tak marah .. (^_^)

sebenarnye saya sendiri tidak tau di mana mood saya .....esok ada oral histology....kenapa la malas sangat nak revise smule....aduyai..... melihat keseronokan fatin, iman dan sahabat2 program menchester yg lain rase mcm nak balik jugak...dah tak ingat esok ade oral....adush...

dalam kaedaan mcm ni...ape yg saye suka buat adalah blog walking....dalam erti kate lain...melawat sahabat2 blogger....amik tahu perkembangan mereka...dan saye tahu blog walking ini akan dipergiatkan lepas exam nnt... =)

bila pikir semula...lepas exam....banyak benda kita boleh buat....
maklumlah...banyak masa kan.... tapi...ingat tak kita kepada dua nikmat yang sering kita abaikan...dan sering kita merintih bila tersedar...

Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.

jadi...sebenarnya kita tak punya banyak masa.... "kewajipan melebihi masa yang ada"
peringatan ringkas ini juga buat diri sendiri....sama2 kita mengatur agenda sebaiknya selepas exam nnt supaya masa yg berlalu tidak sia2....

PCM ade menganjurkan banyak program lepas exam nant...semua program tu best dan sgt2 bermanfaat utk kite...lepas exam nak enjoy boleh je...tapi kita enjoy cara baik ..ade game...ade jaulah...ade juga pengisian...seimbang(semua unsur digabung di bawah satu nama : karnival keluarga)..bagus3...apalagi...jom!!(promote ke??haha...ntahla....)
Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)

p/s: harap esok doktor tanye soalan yang kita tau =)
:Ya Allah.. permudahkanlah kami dalam oral histo....ameen... (ameenkan ramai2)

Sunday, June 14, 2009

mari ambil iktibar & bertindak---SOA




Every time we turn on the TV we see the kuffar celebrating
Thinking that they have defeated Islam
They think they can destroy Islam but they can never destroy Islam
They try to scare us, rape us, kill us, even drop their nuclear bombs
But no matter what they do, they can never destroy Islam
Allah the Almighty has promised that Islam will be victorious and that is guaranteed
Bismillah ar-rahman ar-raheem, this song is for all those who believe in this Deen
And sure we have made a song to make you think
So turn up your speakers and put this song on repeat

This song is for all those sisters who wear hijab
Even though the people make fun of them
This song is for all those brothers who stand strong
Even if it means that they are left alone
This song is for all those who don’t compromise Islam
Because they know Islam is the truth
No matter what happens we will never give up
Brothers and sisters, the revival of Islam is up to us

If there was a war which side would you be on
The army of Allah or the army of Shaitaan?
They can’t stop Islam, they drop bomb after bomb
Watching our people bleed trying to scare us out of this Deen

When the smokes clears, we will still be on the scene
We Muslims, we’ll never give up, ameen, ameen!
If you follow Islam then they can’t stop it
Wallahi, victory is promised!

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

Trying to fool the people what Islam is really about
Leaving their own people confused and in doubt
Twisting the corrupted media so they control the public opinion
While the western groups put their troops on what was once the Muslim dominion

They pass laws to put Muslims behind bars
Without evidence (without what?) without cause
They stand united to make sure Muslims are divided
We are Muslims, we won’t hide it or deny it

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

When we hear the falsehood we fight it with the truth
Islam did not spread by democracy, its spread by the youth
Those who can’t accept the truth, yeah, they hate it
They can’t stop Islam (why?) ‘coz Islam is contagious
Those sisters who are strong will never take off their hijab
‘coz they don’t wear it for the people, they wear it for Allah
We won’t die for these kaafirs, won’t fight for their cause
All freedoms are false, we fight and die only for Allah

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

A billion Muslims are a billion weak
When we sell Islam cheap and carry it incomplete
Can’t stand the sight of watching my brothers bleed
This is what happens when we let the kaafirs lead

The bloodshed of an innocent Muslim
Means more to Allah than the Kaa’bah
And Insha’Allah if we follow the straight path they can’t stop us
Let us rise up for the revival of Islam
Like we rise up for fajr at dawn

They’re going to keep dropping bombs
They’re going to keep on the attack
Until we Muslims unite and bring Islam back

Bring Islam back!
Bring Islam back!
Bring Islam back!
Bring Islam back!

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

Salahudin sacrificed everything to bring back this Deen
At one time his own sister was captured by the king
Even though he could have, he didn’t do anything
He could have invaded but no, he waited

With one command, with one order
He could send the Muslim army to cross the border
Bring back his sister to have the king slaughtered
But Salahudin had a plan and that plan could not be altered

And that plan was to unite the Muslim lands
And to put Al-Quds back in Muslim hands

Takbir!
Allahu Akbar!
Takbir!
Allahu Akbar!
Takbir!
Allahu Akbar!

They can’t stop Islam
They try to break us up but they can’t break this bond
They can’t stop Islam
They try to take us down but our Deen is too strong
They can’t stop Islam
Victory is promised from Allah
They can’t stop Islam
We’ll keep coming back singing this song

Insha’Allah we will rise up like Salahuddin
Put Islam on the map like Khalid ibn Walid
Show the success of Islam like Haroon al Rasheed
And protect our Muslim Deen like Sultan Abdul Hamid

Log on and check where all of this is going on
www muslimstudio dot com
What you are hearing is just the beginning
Do you want to learn about the legends of Islam
Visit www dot muslimstudio dot com

The intellectual revolution has begun
And this song is done
Ain’t no copyrights in Islam
So you better pass this thing on

Saturday, June 13, 2009

ayuh teman!


Ganjaran besar diberikan kepada Muslim yang menyeru kebaikan, cegah kemungkaran

FUTUR ataupun terhenti menjalankan aktiviti dakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah sering kali kita dengar serta lihat dengan mata dan telinga kita sendiri. Begitulah keadaan pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi. Memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan diakui kadang-kala turun dan meningkat. Begitu juga dengan iman, seperti dikatakan Imam Bukhari dalam riwayat: "Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang."

Imam Ahmad pernah ditanya makna bertambah dan berkurangnya iman. Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada 'Umair bin Hubaib. Katanya: "Iman bertambah dan berkurang."


Maka dia ditanya: "Bagaimana bertambah dan berkurangnya? Dia menjawab: Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, mensia-siakan-Nya maka itulah berkurangnya."

Memang benar iman boleh bertambah dan berkurang, tetapi untuk berhenti terus daripada melakukan dakwah adalah perkara mendukacitakan. Sesungguhnya manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar.

Firman Allah bermaksud:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang yang beruntung." (Surah al-Imran, ayat 104)

Kita akui bahawa aktiviti dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran akan mendatang bagi memadamkan aktiviti dakwah daripada terus bersinar. Perkara ini pernah diutarakan Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam artikel beliau bertajuk kewajipan generasi muda Islam hari ini.

Al-Qardhawi berkata:

"Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan itu sehingga dalam rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: Mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?"

Namun, adakah kekangan ini yang menjadikan kita berduka cita? Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?

Malah, Allah menggelar penyeru kebaikan dan pencegah kemungkaran ini sebagai sebaik-baik manusia. Firman Allah bermaksud:
"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Jika Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang fasik."

Seharusnya kita berulang-ulang memperingatkan diri bahawa jangan sesekali mengkhianati tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Pada masa sama, jangan sekali lagi membiarkan diri untuk tidak dipercayai oleh malaikat, seperti yang mereka pernah suarakan kepada Allah pada permulaan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.


Firman Allah bermaksud:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Teruskanlah berpesan kepada kebaikan dan penuh dengan kesabaran. Jangan menjadi Muslim yang pentingkan diri, berasa nikmat iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri.

Oleh Yussamir Yusof-- berita harian

Thursday, June 4, 2009

..::house keeping::..

salam...

just feeling want to do something different to this "house"....

--remove song
--remove egypt topblog
--remove iluvislam topblog...
--tukar background
--remove sOme gadget

okkies.....

Sunday, May 31, 2009

..::angau laskar pelangi::..




PADA SUATU PETANG.....

fateha : wana...tengokla crite ni....naikkan semangat study...bagus nih..
wana : alaaa...cd ni wat masalah....nanti2la....

akhirnye...setelah "bengang"(baca : tension) dengan paper biochem.... aku seolah2 lemah utk menghadapi paper2 seterusnye.... ade yg mengambil langkah utk melihat movie (bukan drama).termasuk aku.... laju je bukak youtube...---laskar pelangi---

akhirnya aku tamat pon crite tu... =)

antara benefit yang aku peroleh ialah....

-hidup ini sangat bermakna jika banyak memberi....jadilah orang yang selalu memberi...bukannya menerima...

-tuntutlah ilmu walau apa jua cabaran yang mendatang...

-untuk berjaya..tiada jalan lain melainkan dengan usaha..

-tidak kira anda berada di esde(baca : tempat blaja) mane2...yg ptg usaha utk belajar dan buat yg terbaik..

" Allah does not required us to be the best..but He want us to do our best & He will take care of the rest"

-banyak lagi daa..

aku jadi malu....bila melihat kesungguhan pelajar2 dalam film laskar pelangi itu sbb walau dengan serba kekurangan...mereka tetap bersekolah...aku juga kagum dengan ibu bapa mereka yang bertegas dan ingin menyekolahkan anak2 mereka.... mari sama2 kita bandingkan diri kita dan orang yang hidupnya susah (muhasabah).... wallahu'alam...
____________________________________________________________________

USAHA

untuk yang terbaru ini...adik Nik Nur Madihah yang merupakan pelajar terbaik SPM 2008.. beliau yang merupakan anak sulung seorang nelayan telah membuktikan bahawa orang yang hidup dalam seba kekurangan juga mampu lakukan yang terbaik...

benarlah kata2 motivator yang pernah memberi talk ketika aku form 2 di SMKA TAHAP... (dr.Raja kalau x silap)--

"kejayaan dimiliki oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa"

Untuk pengetahuan semua..adik Madiha ini pernah manyalin sebuah kamus daripada kawannya kerana dia tidak mampu membeli kamus (sumber:akhbar berita harian)...Ya Allah.. Subhanaallah... kagum betul aku dengan adik ni....tinggi sungguh semangat menuntut ilmu dia... sedangkan aku(kalian juga mungkin)...kamus kat rumah tu xde orang nak buka...aduyai... gambar: madiha bersama ibubapanya

entri ringkas kali ini sekadar ingin memuhasabah diri dan menaikkan semangat sahaja... aku jadi angau dengan cerita laskar pelangi....

saranan: tengokle citer ni kalo belum tgk lagi...tgk waktu petang la... =)

msg in inbox:
"andai kita menghitung semula usaha kita, mungkin x mampu kita tersenyum, namun bila kita mengenangkan rahmat dan kasih sayang Allah kpd hambaNya, senyumlah..yakinlah..teruskan berdoa..lakukan yang terbaik...maan najah fil imtihan fid dunia wal akhirah"
-kak ibah(kmPh)-8/11/2007

Friday, May 29, 2009

..::di palang ini::..

hayati setiap rangkap lagu ini...
hapuskan *guantanamo malaysia*--wujudkah??



Ya Allah...permudahkanlah oral bichemistry hari esok....ameen..

Sunday, May 24, 2009

..::pergi lagi seorang...::..

assalamualikum w.b.t...

atas permintaan zizan bakri...disini di post sdikit memori tutorial 4 bersama Fido...
(tiada unsur2 keterpaksaan ,hehe... =P)



tempat: pizza party, mansurah
sasaran : semua ahli tutorial 4, kursus persediaan bhs arab, UKM



kenangan di UKM

ape2 aje korang nih... =P

satu perkara yg saye respect Fido ni...die berani buat keputusan...walaupun die tahu itu adalah suatu risiko yang besar...
dan padanya pengalaman sepanjang di bumi Mansurah ini tidak akan disia2kan..chaiyok!!

hari sukan kat UKM

ainil wa aiman


wish from tutorial 4....

--this wish also belong to ainil hawa
--wherever you are...remember that u are still apart from us..--
--kecapilah kejayaan tidak kira dimana anda barada--
--smg berjaya menjadi doktor(to ainil) dan doktor veterinar(to fido) ..doakan jua kejayaan kami di sini
--we are muslim and doctor to be...not we are doctor and muslim to be....
--perkembgn semasa : if i'm not mistaken(betulkan lau salah ye).....ainil akan menyambung pelajaran di sebuah university di cyberjaya walhal Fido pula akan buat foundation di UNIKL


p/s: tiada kata2 sangat ..hanye diungkapkan dengan gambar shj =)
p/s 2 : internet yang slow... x dapat upload byk gambar...
p/s 3 : study biochem...good luck!!--

Hanya Takdir (Destiny)

assalamualikum....





sama-sama kita hayati lirik lagu ini...
dan fikir...
apakah yang telah kita lakukan selama ini?
adakah kerana kita tidak menghadapi ape yang mereka alami maka
kita boleh berdiam diri??

janganlah apabila hak Allah dicabar kita diam DIAM tetapi apabila hak kita sendiri tercabar barulah kita MARAH....(quote dari status YM sahabat)

jika kita tidak mampu untuk ke sana sekalipun...
sama2 kita doakan mereka...
dan...
jangan sampai negara kita juga ...
ditindas zionis yang kejam dan zalim...
apalagi pemerintah yang sekularisma....

---di post pg yang hening bertemankan kicauan burung, adakah burung2 di palestin juga berkicauan dek takut dengan bom2 zi0nis??---

wallahu'alam...

Thursday, May 21, 2009

mari sama2 aminkan =)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....

Ya Allah, dengan kesabaran & kemuliaanMu, kami berkumpul di sini dengan niat ikhlas kpdMu, memohon keberkatan dan rahmat dariMu, ...

Sesungguhnya menjelang hari kelahiran sahabat2ku ini, beerti usia semakin meningkat, Jadikanlah kelanjutan usia ini suatu rahmat kepadanya utk terus beribadah kepadaMu, jauh sekali dari terus menderhaka kepadaMu.

Hari2 yang berlalu, jadikan renungan dan pengajaran buat kami.Yang baik dan manis menjadi ingatan. Yang pahit menjadi pengajaran. itulah sebaik2 muhasabah sebagai panduan menghadapi hari yang mendatang.Mudah2han, kehidupan pada hari inidan masa akan datang akan lebih cemerlang daripada masa yang silam.

Ya Allah,berkatilah sisa umur kami.Jadikan umur yang tersisa ini membawa kemaslahatan bagi orang tua kami keluarga kami, dan sekalian umat Islam. Ya Allah, ampunilah segala kelalaian kami.Ya Allah, jadikanlah hari ini keampunan bagi segala dosa kami.Hari yang Engkau gantikan segala kegelapan kepada nur cahaya di hati kami.

ameen.... "quote dari SENJATA MU'MIN oleh Ust HJ Muhidir Hj Tamjis"

p/s: sape2 nak buku ni cuba tye wani_dealova.bagus..tapi xsure ade stok lagi atau tak.. =P

: cek fatin : 29 mei
: cek fateha : 18 mei

*ucapan khas dari adek bongsu dalam kabert0.... =)
*bolognese pun jadi ler... (^_^)

Sunday, May 17, 2009

..;;sabarlah sayang;;..


assalamualikum w.b.t...

si A : sabarlah...semua ni ujian dr Allah..
si B : ye...doakan semuanye baik2 aje(sight mode)

hakikatnye bukan senang utk memiliki sifat sabar dikala ujian sdg melanda.... sbg org yg melihat spt si A...mungkin kita tidak merasai ape yg dihadapi oleh si B.bak kata pepatah.."berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".. sabar bukanlah satu sifat yang mudah dimiliki. Ianya berkait rapat dengan keimanan..

"wahai orang yg beriman, hendaklah kamu bersabar dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia & bertawakkallah kpd Allah, spy kamu berjaya"al-imran : 200

--ayat ini sgt berkait rapat dengan kejayaan.

sabar menurut kamus dewan=menahan penderitaan, x lekas marah/putus asa, tdk mudah terburu2 dan tenang.

sabar itu harus dlm meliputi 4 tindakan:

1)sabar & tekun dlm beribadah kpd Allah
2)menahan diri dari melakukan maksiat
3)memelihara drpd dipukau godaan dunia
4)tenang

antara tujuan disuruh bersabar:
1-dapat mengerjakan ibadat dgn tenteram
2-mencapai kejayaan didunia & akhirat
"sesungguhnya org yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas" (az-zumar:10)

untuk mewujudkan kesabaran,kita hendaklah menyedari bahawa kadar & waktu berlakunya kesusahan adalah di bawah takdir Allah s.w.t.antara yang lainnya adalah melatih diri dgn berpuasa dimana sifat sabat dapat dipupuk dalam menghadapi perjuangan hidup.

untuk memelihara dan mengekalkan kesabaran, kita perlu ingat bahawa kesabaran akan dibalas dgn ganjaran kebaikan& pahala oleh Allah ta'ala.demikianlah kesabaran yang merupakan ubat yang paling pahit tetapi yang paling mujarab.

hayatilah jua sifat sabar Nabi Ayyub yang diuji dengan pelbagai ujian tetapi dgn sifat sabarnye, maka berhasillah sebuah kejayaan-surah an-anbiyaa : 83&84

kenapa aku ingin sekali post berkenaan dgn sabar??kerana ini juga peringatan buat yang menaip di keyboard...di fatroh imtihan..pelbagai ujian yang ditempuhi... dan bermacam2 kerenah yg diperhati..tetapi moga ape yg terlintas di hati , ini semua adalah tarbiah dari Ilahi...

mesej dari sahabat seperjuangn di malaysia...(kredit to k.anie :D )

"musibah yang meninpa terangkim dalam 3 perkara :
1)merupakan tarbiah untuk meneguhkan kesabaran dan keimanankpd Allah
2)sebagai bala dan peringatan agar manusia kembali kpd Allah & muhasabah di mana silap mereka
3)satu kafarah dosa terhadap kesalahan yg dilakukan...


sumber:Dr Nik Rahim Nik Wajis, Pnlg Prof kuliah undg2 UIAM &
www.scribd.com-rahsia&nikmatdisebalikertisabar

uji minda [sila2 la jawab kpd sesiapa yg ade buah fikiran]=

seorang bapa melarang anaknye drpd memakan makanan kegemaran anaknya yang mahal sebaliknye menyuruh anaknye memakan makanan yang biasa dan murah. Apakah pandangan anda tentang sang bapa?

Monday, May 11, 2009

>>memberi "makan" hati yang kelaparan


salam...

lagi dua hari akan menduduki paper anatomy ttp masih sempat melatan internet...
mungkin kerana perasaan ingin berkongsi itu sangat kuat ....~sharing is caring~

nak kongsi ape ye?? emm..nak kongsi satu laman ilmu yang sangat bermanfaat...sangat menyentuh hati saya...pengisian yang berhikmah...laman seorang ustazah yg kini berada di UK--not Ulu Klang yer~

blog beliau lebih mengupas pengalaman diri dan dikaitkan dgn dalil2 yang sangat berguna untuk kita...di kala fatroh imtihan ini pun hati ini meronta2 kelaparan kerana tidak diberi "makan".. asyik menatap buku department yang tebal... buku itu pun sudah muak melihat tuannye yg selalu dengan muka mengantuk =)

ustazah Noraslina Jusin (klik sini utk laman beliau) iaitu zaujah kpd ustaz zaharuddin yang terkenal di alam internet dgn websitenya www.zaharuddin.net ...moga kita manfaat bersama..

akhir kalam khas buat sahabat andai yg sdg menduduki imtihan....

"Even you feel so tired to seek the knowledge, keep in your mind that this might be one of the greatest deeds that going to be count in the day of judgement. Just imagine Allah is watching you right know and He knows how tired you are, but because of His deen, you keep on moving"

teruskan semangat!!

Tuesday, May 5, 2009

tercalarkah maruah malizi??!


assalamualikum w.b.t...

pertama kali aku menjejakkan kaki ke Maktabah Mubarak....alhamdulillah...tpt yg cantik & tenang..library yg berdekatan dgn sg.Nil..aku memilih utk duduk di sebelah sekumpulan pelajar yang memakai niqab (hanya nampak mata sahaja)...Ditemani fatin dan yati yang duduk tidak jauh dari aku....iman...kauthar dan fateha hilang ntah kemana...mengambil angin luar mungkin....

Habis menyiapkan 2 soalan pass year...aku disapa oleh egyption yang duduk disebelahku...
"daa zamiluki?" (itu kawan kamu)....aku jwb"aiwah..zamili" (ia..kawanku)..aku merenung ke arah kawan aku yg ditunjuk oleh egyption td....mmg depa kwn aku...aku knl depa...tapi kondisi mereka tdk menyenangkan "arab2" di situ... mana taknye....sorang laki...sorang pompuan...duk rapat2... rapat sangat...kemudian....egyption td yang bernama syaima' bertanya lagi... "Hua ahuha wala sdq?" (laki itu abgnye atau kwnnye?)...spontan je aku jwb "sdq".... kemudian...dia tye aku...."knp kamu x tegur mereka?nahnu muslimah.." aku terkedu....

“Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Riwayat Imam Muslim

apakah aku sudah biasa melihat fenomena spt ini?sehingga tdk terkesan dlm hati ini perkara2 blh membw kpd kemurkaanNya?Ya Allah...berdosanya aku.... melihat saudaraku sendiri.....smmgnye aku patut tegah mereka...sudah menjd tanggjwb aku..aku akan disoal kelak di akhirat jika aku tdk menegah mereka...apakah mereka igt ni malaysia ke??negara sekularisma...(sbnrnya x kire kat mana kita berada tp kita mst mengikut syariat yg tlh ditetapkan oleh Allah)...tp sini adalah mesir...bumi barakah...bumi anbiya'....apalah sgt msia jika hendak dibandingkan dgn mesir ini. ...

pada aku...kalau hendak buat study group buatlah...islam tidak melarang kita utk menuntut ilmu...dalam satu kelas pon ade lelaki dan perempuan...tp pepandaila jg batas...ini bukan main rapat lagi...egyption kat sebelah ni pula menggesa aku seolah2 menyuruh aku menegur mereka dgn segera... semua org arab yg ade kat meja aku pandg kat arah "couple" tu...mcm mengutuk kot...aku yg rase malu....persoalannye knp aku yg malu?knp bukan mereka??!!! tapi.....

"ana mush qawiy...mumkin nti tigi ma'aya?"aku menyuarakan kpd syaima'...okeyh...cukupla stakat ni....peristiwa yg berlaku selepas itu sgt2 bermakna bagi aku...satu perasaan mcm zuuk menyelinap dlm jiwa apabila syaima memegang tangan aku slps aku ditemani syaima' memberi "sepatah dua kata" kpd depa yg duk terkepit tu(sbnrnye syaima nak menegur mereka tp die xtahu ckp melayu..haha)...emosi aku sedikit trganggu utk meneruskan pembelajaranku di maktabah tu...ntahla...aku rasa maruah sbg seorg malizi tlh tercalar...bukan aku sj...fatin dgn yati turut rasa malu krn org arab di meja kami seolah2 sedang mengutuk2"malizi"....kerana nila setitik..rosak susu sebelanga...

"kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia,kamu menyuruh kpd yg ma'ruf dan mencegah dari yang munkar serta kamu beriman kepada Allah"(surah al-imran:110)

sebelum syaima' dah kwn2nya meminta izin utk pulang dulu...die pesan kat aku dan yang lain..."du'ai ila zamiluki"(doakan utk kwn kamu itu).sekali lg aku terkedu...aku yg sebangsa dgn dak couple tu pon tak terlintas langsung utk berdoa inikan pula syaima'..ya..islam tidak mengenal bangsa...usia...warna kulit...rupa dll....aku harus berterima kasih kpd syaima'...tanpa die..aku langsg tiada kekuatan utk berbuat ape2... imanku adalah yg selemah2 iman....kalaula "couple" td baca ape yg aku tulis ni...moga tersentuh hati korg berdua dgn usaha syaima'...kalo nak ikut usaha aku...apalah sangat ...usaha syaima adalah usaha yang bersungguh2 sbg seorg muslim untuk saudara seislamnya..saling igt memperingati..kalo ikutkan buat ape die nak nasihatkan org lain...jaga diri sendiri sudey...tapi..itulah perintah Allah buat saudara semukmin....syakir awi giddan syaima'... dan semua ini dtgnye dr Allah Yg Maha Pengampun...

p/s:aku juga manusia biasa yg x terlepas dari melakukan dosa...

: peristiwa ini berlaku pada 5/5 selepas asar(mane tau "couple" tu bace ni)

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri