Wednesday, December 24, 2008

alhamdulillah...program intro dah lepas


Pada hari Sabtu, 13 Disember 08 yang lalu, Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan Program Introduction to Smart Circle. Program ini melibatkan semua pelajar Sains Kesihatan di Universiti Mansurah. Sasaran utama program ini adalah pelajar Perubatan Tahun 1 & Pra-Pergigian Universiti Mansurah.Ini bertujuan untuk memastikan pelajar ini mendapat gambaran awal mengenai SMART CIRCLE (SC) anjuran Unit Pembangunan Insan cawangan Mansurah (UPI).Bertempat di Nadi Nil iaitu antara tempat yang tercantik di daerah Mansurah ini, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan.

Program yang dipengerusikan oleh Dr. Khairul Asyraf (tahun 2) dan dirasmikan oleh Pengerusi PCM 08/09, Dr. Muhammad Izzat b. Muhammad Kamal telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang menyebabkan majlis bermula lewat dari tentatif asal.

Imam Syafie: “aku tak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal & haram melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya” (Muqaddimah Tahqiq, al-Risalah imam as-Syafie).Sehubungan itu, satu pengisian mantap telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Salman b Maskuri, penasihat Agama UPI yang bertajuk “How to become an excellent student in Islam Perspective”.Antara isi penting yang diutarakan oleh Ustaz Salman ialah para pelajar dinasihati agar dapat menguruskan masa dengan baik kerana pengurusan masa yang efektif merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Selain itu, penceramah juga menekankan bahawa keinginan dan kesungguhan seseorang pelajar yang juga merupakan seorang muslim perlu dipupuk dan dibajai dalam diri untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek.Usaha yang konsisten dan tawakkal kepada Allah tidak boleh dipandang enteng sama sekali kerana Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang itu walau sekuat manapun usahanya. “Fate is 100% on God’s hand.”

Persoalan sejauh manakah SC ini penting kepada pelajar perubatan telah dirungkai oleh 3 panel terkemuka iaitu Dr Ikram b Ishak(tahun 3), Dr Husna bt Abd Manaf(tahun 4) dan Ustaz Salman b Maskuri.Talkshow yang bertajuk “Why Smart Circle is important in our life as Islamic medical student” mendedahkan pengalaman ahli panel setelah beberapa tahun tinggal di bumi Mansurah ini.,Bagi dr Ikram, SC didefinisikan sebagai “makan”.Beliau berpendapat bahawa ketika makan bersama ahli SC yang lain, waktu itulah segala perkongsian masalah sepanjang hari dapat dikongsi bersama.SC juga bukanlah satu program yang formal kerana perlaksanaannya lebih bersifat santai bergantung kepada kreativiti mentor.

Tidak berseri sesuatu aktiviti tanpa persembahan sebagai daya tarikan.Program Intro SC pada kali ini menampilkan persembahan istimewa dari huffaz yg terkenal sbg Juara Akedemi Quran iaitu Ustaz Abdullah Fahmi dan salah seorang anggota kumpulan Nasyid UNIC , iaitu saudara Bazli.

Seterusnya, satu taklimat khas dari Unit Hisbah telah disampaikan oleh Dr Muaz(tahun 2). Taklimat ini adalah penting bagi menerangkan peranan Unit Hisbah dalam organisasi Perubatan Cawangan Mansurah.Pekeliling Unit Hisbah yang iaitu pekeliling hasil perbincangan rapi pihak tertentu memerlukan penerangan yang berhemah kepada ahli dan alhamdulillah Dr Muaz telah berjaya memberi penerangan sebaik mungkin dan diterima oleh semua yang hadir pada program tersebut.

Secara tuntasnya, diharapkan agar program SC ini dapat menjadi salah satu medium untuk para pelajar meningkatkan prestasi diri sekaligus memantapkan keyakinan dalam diri untuk bergelar seorang doktor yang berwibawa suatu hari nanti. Wallahu’alam…


disediakan oleh:


(Nur Syazwana Sa'adon)

Setiausaha Program Intro SC

UPI

3 comments:

wardah safwah said...

menulis surat @ apa2 yg skema bukanlah minatku...tp kalau dah tugas knela tunaikan jua.....

---p/s:trima ksh kpd semua yg membantu speselly iman...fatin..kausar...fatiha...dan cekghu yati(semua hosmate daku tulis,apalag..lpas ni blanja eskrem bureo eh )....rs mcm buat karangn nak SPM je...hehe

Anonymous said...

hhaha.wana wana..same2.kaw la ptut blnje ktorg bureo.gagaga..
xpun askem segenih.
yeaaay!

-iman-

炒米粉Ken said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社