Wednesday, December 31, 2008

---->>>>KENAPA NI????


kenapa ni??jangan malas lah...
exam is coming......
satu hari lima kali dgr doktor kat gamaah cakap camni...
adeh.....bgn....jgn relax2...
org kat palestin bersusah payah berjuang dgn kudrat mereka
kau berjuang dgn PENA..KITAB....& MUMTAZ..!!!

ya Allah..tiba2 aku rasa rindu....rindu dgn nasihat2 & dorongan dr sahabat2ku di tanah air...
dan tatkala inilah tgnku pantas laju memaut hp dan membaca kembali mesej2 yg pernah dikirim kpdku dan ingin sekali aku berkongsi untuk sama2 saling igt mengingati....


---Mengejar impian itu mmg memenatkan dan kadangkala mengundang putus asa...hakikatnya yg penat itulah bakal memberikan pulangan yang berharga...anggaplah ujian ini tarbiah dr Allah...---

---Andai kita menghitung semula usaha kita,mungkin x mampu kita tersenyum.Namun bila kita mengenangkan rahmat dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya, Senyumlah, Yakinlah..teruskan berdoa...lakukanlah yang terbaik..Ma'an najah fil imtihan fid dunnia wal akhirah...---thanks kak ibah(UMK)

---Yang dilihat dan diukurNYA bukanlah sejauh mana usahamu tp yg diharap sejauh mana TAWAKKAL,PERCAYA nan jitu...pergantunganmu padaNya..tp x bermakna tdk perlu berusaha..USAHALAH semampumu..tp jgn sesekali beraqidah bahawa byk usahamu penentu kejayaan...ttp berimanlah bahwa TAWAKKALmu itu sebenarnye semata-mata padaNya..--thanks qnah (IIUM)

---Jangan kecewa masalah hari ini sehingga terlupa akan kebahagiaan hari esok...krn mungkin esok Allah menyediakan sebuah kebahagiaan utkmu sbg hadiah ketabahan hari ini....--- thanks kauthar@my housemt at K.A.B.E.R.T :>(UM)

sumer msg2 dlm hp ni mybe ade yg lebih 2thn dulu..ntah2 pengirim yg hntr msj ni pun x igt betulke diaorg penah hantar msj2 ni dahulu kala.......sayang nak delete sbb diri ini mudah lemah...sentiasa perlu diingatkan...kalau nak makan je xyah igtkan...laju je :P

gambatte...chaiyokk...ij'al jaiyidan....aja2 fighting....all de bes...!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 24, 2008

alhamdulillah...program intro dah lepas


Pada hari Sabtu, 13 Disember 08 yang lalu, Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan Program Introduction to Smart Circle. Program ini melibatkan semua pelajar Sains Kesihatan di Universiti Mansurah. Sasaran utama program ini adalah pelajar Perubatan Tahun 1 & Pra-Pergigian Universiti Mansurah.Ini bertujuan untuk memastikan pelajar ini mendapat gambaran awal mengenai SMART CIRCLE (SC) anjuran Unit Pembangunan Insan cawangan Mansurah (UPI).Bertempat di Nadi Nil iaitu antara tempat yang tercantik di daerah Mansurah ini, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan.

Program yang dipengerusikan oleh Dr. Khairul Asyraf (tahun 2) dan dirasmikan oleh Pengerusi PCM 08/09, Dr. Muhammad Izzat b. Muhammad Kamal telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang menyebabkan majlis bermula lewat dari tentatif asal.

Imam Syafie: “aku tak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal & haram melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya” (Muqaddimah Tahqiq, al-Risalah imam as-Syafie).Sehubungan itu, satu pengisian mantap telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Salman b Maskuri, penasihat Agama UPI yang bertajuk “How to become an excellent student in Islam Perspective”.Antara isi penting yang diutarakan oleh Ustaz Salman ialah para pelajar dinasihati agar dapat menguruskan masa dengan baik kerana pengurusan masa yang efektif merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Selain itu, penceramah juga menekankan bahawa keinginan dan kesungguhan seseorang pelajar yang juga merupakan seorang muslim perlu dipupuk dan dibajai dalam diri untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek.Usaha yang konsisten dan tawakkal kepada Allah tidak boleh dipandang enteng sama sekali kerana Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang itu walau sekuat manapun usahanya. “Fate is 100% on God’s hand.”

Persoalan sejauh manakah SC ini penting kepada pelajar perubatan telah dirungkai oleh 3 panel terkemuka iaitu Dr Ikram b Ishak(tahun 3), Dr Husna bt Abd Manaf(tahun 4) dan Ustaz Salman b Maskuri.Talkshow yang bertajuk “Why Smart Circle is important in our life as Islamic medical student” mendedahkan pengalaman ahli panel setelah beberapa tahun tinggal di bumi Mansurah ini.,Bagi dr Ikram, SC didefinisikan sebagai “makan”.Beliau berpendapat bahawa ketika makan bersama ahli SC yang lain, waktu itulah segala perkongsian masalah sepanjang hari dapat dikongsi bersama.SC juga bukanlah satu program yang formal kerana perlaksanaannya lebih bersifat santai bergantung kepada kreativiti mentor.

Tidak berseri sesuatu aktiviti tanpa persembahan sebagai daya tarikan.Program Intro SC pada kali ini menampilkan persembahan istimewa dari huffaz yg terkenal sbg Juara Akedemi Quran iaitu Ustaz Abdullah Fahmi dan salah seorang anggota kumpulan Nasyid UNIC , iaitu saudara Bazli.

Seterusnya, satu taklimat khas dari Unit Hisbah telah disampaikan oleh Dr Muaz(tahun 2). Taklimat ini adalah penting bagi menerangkan peranan Unit Hisbah dalam organisasi Perubatan Cawangan Mansurah.Pekeliling Unit Hisbah yang iaitu pekeliling hasil perbincangan rapi pihak tertentu memerlukan penerangan yang berhemah kepada ahli dan alhamdulillah Dr Muaz telah berjaya memberi penerangan sebaik mungkin dan diterima oleh semua yang hadir pada program tersebut.

Secara tuntasnya, diharapkan agar program SC ini dapat menjadi salah satu medium untuk para pelajar meningkatkan prestasi diri sekaligus memantapkan keyakinan dalam diri untuk bergelar seorang doktor yang berwibawa suatu hari nanti. Wallahu’alam…


disediakan oleh:


(Nur Syazwana Sa'adon)

Setiausaha Program Intro SC

UPI

Tuesday, December 9, 2008

..::Introduction SMART CIRCLE::..

ASSALAMUALAIKUM....W.B.T....



klik image utk lebih besar

Kepada sahabat2 di Mansourah specially 1st year student....marilah sama2 kita memeriahkan majlis ini....Penyampaian disampaikan oleh ustaz Salman...HOW TO BECOME AN EXCELLENT STUDENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE & talkshow hebat disampaikan oleh org yg berpengalaman : WHY SMART CIRCLE IS IMPORTANT IN OUR LIVE AS MEDICAL STUDENT

Tidak lupa juga penampilan istimewa Bazli (UNIC) dan Abdullah Fahmi(Juara AQ pertama)..

utk lanjut sila ke link

Unit Pembangunan Insan , PERUBATAN cawangan Mansurah

KEKEJAMAN BERLAKU DI MANSURAH!!

ASSALAMUALIKUM W.B.T

Herm....drpd tajuk ni nampak macam kejam kan....tp sebenarnye x de pape pown...saje je nak kasi gimik skit...(xdela gimik mane)....


pertama kali menyambut hari raya eidil adha di bumi mansurah ni dpt merasakan suasana yg amat berbeza dgn hari raya aidilfitri....kemeriahan lebih terasa pada hr raya aidiladha ni...

Ingin sekali sy menulis serba sedikit berkenaan aidil adha tetapi atas sbb yg tidak dpt dielakkan maka sy permudahkan dgn mengajak sahabat2 membaca dan menghayati kisah ini di Falsafah Kombat. (jgn marah ye kak fiey).saya sendiri tertarik dgn cara penyampaian sirah di falsafah kombat ni..

sedikit paparan utk dikongsi bersama...




p/s: salam aidil adha kpd semua umat islam di seluruh dunia










Friday, December 5, 2008

MAKAN...LAPAR...DAN KENYANG???




“Musim sejuk ni cepat betul rasa lapar kan…”luah salah seorang ahli baitku..
“A’ah la…baru-baru ni aku banyak makan…tp x banyak bergerak sebab malas nak keluar rumah sejuk2 ni.mujur kuliah jauh.dapat juga contrackan muscle2 yg makin mantap nih…”terdiam kami seisi rumah memikirkan kebenaran kata2nya itu….
Pernah dengar tak kata2 ni dalam ceramah


“KAMI ADALAH ORG2 YG TDK MAKAN SEHINGGA LAPAR,& APABILA KAMI MAKAN KAMI TDK SAMPAI KENYANG”


Ini bukanlah hadith dari Rasullullah s.a.w.Mungkin ramai yg mengatakan lafaznya dikatakan dari nabi tetapi setelah diteliti dan dikaji,tdk ada di dlm kitab2 hadith yg muktamad sprt Sahih Bukhari, Muslim, Sunan an nasa’I dsb.


Selama ini aku mengangap ini adalah hadis yg disandrkan kpd nabi.tetapi ntah kenapa aku tergerak untuk menulis ttg ini dan ketika aku ingin mencari dalil2 yg berkaitan dgnnya maka aku dipertemukan dgn kenyataan ini….(lebih lanjut http://www.praditya.net/2007/11/15/makan-setelah-lapar-berhenti-sebelum-kenyang/) Rupa2nya ada kisah disebalik kata “makan………..kenyang”. aku terbaca mengenainya dlm bhs ngr jiran…dan aku terjemahkan disini utk dikongsi bersama… sharing is caring :>


Dari kitab al-Rahmah fi al-Thibb karya Imam Suyuthi, ---ada 4 org doctor(dr.) dari Iraq, Romawi, India & Sudan. Dan antara keempat-empat dr. ini yg plg bijak adalah yg dr Sudan.Raja meminta petua / ubat drpd dr. ini utk diamalkan dan tidak mendtgkan kesan sampingn(effect)
Dr. dari Iraq kata minum air 3 teguk tiap pagi slps bgn tidur.Dr. dari Romawi kata telan biji rasyad(sejenis sayur) tiap2 hari.Dr. dari india bkata makan 3 biji ihlilaj yg hitam tiap2 hari.ihlilaj—gandum yg tumbuh di India,Afghanistan dan China---


Apabila tiba giliran dr. dari Sudan…dia diam…Kemudian raja bertanya..”Mengapa kamu diam saja?”
“Wahai Tuanku, air hangat itu dapat menghilangkan lemak ginjal dan menurunkan lambung. Biji rasyad
dapat membuat kering jaringan tubuh. Dan ihlilaj juga dapat membuat kering jaringan tubuh yang lain,”
“Kalau begitu menurut kamu, ubat apa yang tidak mengandung kesan sampingan?”
Doktor dari Sudan itu menjawab, “Wahai Tuanku, ubat yang tidak mengandung kesan samping adalah tidak makan kecuali sesudah lapar. Dan apabila makan, angkatlah tangan sebelum merasa kenyang. Apabila hal itu lakukan, maka tidak akan terkena penyakit kecuali penyakit mati,”
Dalam mengisahkan cerita tentang nasihat doktor dari Sudan ini, Al-Imam As-Suyuthi sama sekali tidak menyebutkan bahwa lafadz ini datang dari Rasulullah SAW.

Rujukan :

1)kitab hadis2 dhoif & maudhu’ karya Utz Abdul Hakim bin Amir Abdat hal 336.no hadis 228. Dan disebutkan hal itu tidak ada asal usulnya…
2) http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/41228?l=1

Kesimpulan….ini adalah hadis palsu..tetapi kita boleh ambil kltibar dari doctor Sudan ni…makan bila lapar…berenti sebelum kenyang….berbeza dgn apa yg lazimnya berlaku sekarang…makan sebelum lapar..berhenti bila kenyang…..hampir sama tetapi nyata berbeza… (“,)