Saturday, February 23, 2008

tersebutlah al kisah...

KISAH TIGA ORANG ANAK

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang di bawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben.”Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?” Apa yang dijawab Harben?

“Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah
keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?” Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. “Baiklah kalau begitu”
jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis.”Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang.

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?” Apa yang dijawab Anis?

“Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?”

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.”Baiklah kalau begitu” jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. “Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..” Lalu Amsal menjawab, “Baiklah ayah” tanpa sebarang alasan.
Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI .

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Saturday, February 16, 2008

...wahai hati...

Bismillahirrahmanirrahim..
Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah
saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke
dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha
illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan
(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah
terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda
menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk)
yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti
Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa
sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu
Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

(H.R. Bukhari Muslimi)
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa
apabila di suatu tempat atau
negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan,
maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.
Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang
shaleh juga akan dibinasakan
, walaupun masing-masing pada hari
qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera
dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan,
supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-
orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi
ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang
bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada
di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah
kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang
menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah
kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari
bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan
dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada
maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa
rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan
Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan
bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul
Qarnain dan pengikut-pengikutny a dengan campuran besi dan tembaga,
maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir
tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan
hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu
kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah
terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya
.

Assamuaaikum.......
sperti yang telah diceritakan, sesungguhnya masa untuk kita menghadapi hari qiamat itu sudah terlalu hampir....
dan bagi setiap y bernyawa pasti akan merasai kematian.........
Apakah hati2 kita merasa gentar dgn janji Allah ini???
sudah selesaikah tugas dan tanggungjawab kita di muka bumi ini???
Didalam Al- Quran, Allah ada menyebut..hal adullukum ala tijaratin tunjikum minazabin alim... tu'minunabillahi warasulihi wa tujahiduna fi sabilillahi bianfusikum wa amwalikum....ilal ayah...
yang bermaksud, adakah kamu mahu sebuah perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?Iaitu dengan beriman kepada Allah dan rasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan diri dan harta kamu..............Renungilah maksud ayat ini....ahai manusia yang dikurniakan akal......
sabda rasulullah dalam sebuah hadith.... faman qala lailahaillallah, fahua da'i.....maksudnya barang sesiapa yang mengucap tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruhNya, maka dia adalah da'i......
Allah s.w.t. telah menjadikan manusia untuk menjadi hamba dan khalifah di atas muka bumi....
tugah khalifahlah dalam masa yang sama... merupakan suatu ujian yang mengandungi seribu satu rahmat dan berkat... iaitu tugas untuk berdakwah sesama makhluknya dan kpd diri sendiri...Maka oleh itu, kita sbg hamba Allah yang lemah perlu bersama-sama melakukan tugas dan menyambung rantai dakwah dari rasulullah ini.
Semoga anda faham dan Allah memmbuka pintu hatimu untuk sentiasa thabat dalam perjungan islam....
Sekali pun realiti tugas dakwah kita di sini tidak sampai mengangkat senjata.... namun sentiasalah mempersiapkan dada kita dengan ilmu2 yang bermanfaat.... dan tidak menjauhkan diri dari usaha2 dakwah.....
ingat dan renungi.... menuntut ilmu itu terletak di tangga pertama tp, jgn biarkan kerja2 jam'iah dan fardhiah dalam berdakwah itu di tangga kedua... Wallahua'lam bissawab