Wednesday, December 31, 2008

---->>>>KENAPA NI????


kenapa ni??jangan malas lah...
exam is coming......
satu hari lima kali dgr doktor kat gamaah cakap camni...
adeh.....bgn....jgn relax2...
org kat palestin bersusah payah berjuang dgn kudrat mereka
kau berjuang dgn PENA..KITAB....& MUMTAZ..!!!

ya Allah..tiba2 aku rasa rindu....rindu dgn nasihat2 & dorongan dr sahabat2ku di tanah air...
dan tatkala inilah tgnku pantas laju memaut hp dan membaca kembali mesej2 yg pernah dikirim kpdku dan ingin sekali aku berkongsi untuk sama2 saling igt mengingati....


---Mengejar impian itu mmg memenatkan dan kadangkala mengundang putus asa...hakikatnya yg penat itulah bakal memberikan pulangan yang berharga...anggaplah ujian ini tarbiah dr Allah...---

---Andai kita menghitung semula usaha kita,mungkin x mampu kita tersenyum.Namun bila kita mengenangkan rahmat dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya, Senyumlah, Yakinlah..teruskan berdoa...lakukanlah yang terbaik..Ma'an najah fil imtihan fid dunnia wal akhirah...---thanks kak ibah(UMK)

---Yang dilihat dan diukurNYA bukanlah sejauh mana usahamu tp yg diharap sejauh mana TAWAKKAL,PERCAYA nan jitu...pergantunganmu padaNya..tp x bermakna tdk perlu berusaha..USAHALAH semampumu..tp jgn sesekali beraqidah bahawa byk usahamu penentu kejayaan...ttp berimanlah bahwa TAWAKKALmu itu sebenarnye semata-mata padaNya..--thanks qnah (IIUM)

---Jangan kecewa masalah hari ini sehingga terlupa akan kebahagiaan hari esok...krn mungkin esok Allah menyediakan sebuah kebahagiaan utkmu sbg hadiah ketabahan hari ini....--- thanks kauthar@my housemt at K.A.B.E.R.T :>(UM)

sumer msg2 dlm hp ni mybe ade yg lebih 2thn dulu..ntah2 pengirim yg hntr msj ni pun x igt betulke diaorg penah hantar msj2 ni dahulu kala.......sayang nak delete sbb diri ini mudah lemah...sentiasa perlu diingatkan...kalau nak makan je xyah igtkan...laju je :P

gambatte...chaiyokk...ij'al jaiyidan....aja2 fighting....all de bes...!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 24, 2008

alhamdulillah...program intro dah lepas


Pada hari Sabtu, 13 Disember 08 yang lalu, Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan Program Introduction to Smart Circle. Program ini melibatkan semua pelajar Sains Kesihatan di Universiti Mansurah. Sasaran utama program ini adalah pelajar Perubatan Tahun 1 & Pra-Pergigian Universiti Mansurah.Ini bertujuan untuk memastikan pelajar ini mendapat gambaran awal mengenai SMART CIRCLE (SC) anjuran Unit Pembangunan Insan cawangan Mansurah (UPI).Bertempat di Nadi Nil iaitu antara tempat yang tercantik di daerah Mansurah ini, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan.

Program yang dipengerusikan oleh Dr. Khairul Asyraf (tahun 2) dan dirasmikan oleh Pengerusi PCM 08/09, Dr. Muhammad Izzat b. Muhammad Kamal telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang menyebabkan majlis bermula lewat dari tentatif asal.

Imam Syafie: “aku tak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal & haram melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya” (Muqaddimah Tahqiq, al-Risalah imam as-Syafie).Sehubungan itu, satu pengisian mantap telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Salman b Maskuri, penasihat Agama UPI yang bertajuk “How to become an excellent student in Islam Perspective”.Antara isi penting yang diutarakan oleh Ustaz Salman ialah para pelajar dinasihati agar dapat menguruskan masa dengan baik kerana pengurusan masa yang efektif merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Selain itu, penceramah juga menekankan bahawa keinginan dan kesungguhan seseorang pelajar yang juga merupakan seorang muslim perlu dipupuk dan dibajai dalam diri untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek.Usaha yang konsisten dan tawakkal kepada Allah tidak boleh dipandang enteng sama sekali kerana Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang itu walau sekuat manapun usahanya. “Fate is 100% on God’s hand.”

Persoalan sejauh manakah SC ini penting kepada pelajar perubatan telah dirungkai oleh 3 panel terkemuka iaitu Dr Ikram b Ishak(tahun 3), Dr Husna bt Abd Manaf(tahun 4) dan Ustaz Salman b Maskuri.Talkshow yang bertajuk “Why Smart Circle is important in our life as Islamic medical student” mendedahkan pengalaman ahli panel setelah beberapa tahun tinggal di bumi Mansurah ini.,Bagi dr Ikram, SC didefinisikan sebagai “makan”.Beliau berpendapat bahawa ketika makan bersama ahli SC yang lain, waktu itulah segala perkongsian masalah sepanjang hari dapat dikongsi bersama.SC juga bukanlah satu program yang formal kerana perlaksanaannya lebih bersifat santai bergantung kepada kreativiti mentor.

Tidak berseri sesuatu aktiviti tanpa persembahan sebagai daya tarikan.Program Intro SC pada kali ini menampilkan persembahan istimewa dari huffaz yg terkenal sbg Juara Akedemi Quran iaitu Ustaz Abdullah Fahmi dan salah seorang anggota kumpulan Nasyid UNIC , iaitu saudara Bazli.

Seterusnya, satu taklimat khas dari Unit Hisbah telah disampaikan oleh Dr Muaz(tahun 2). Taklimat ini adalah penting bagi menerangkan peranan Unit Hisbah dalam organisasi Perubatan Cawangan Mansurah.Pekeliling Unit Hisbah yang iaitu pekeliling hasil perbincangan rapi pihak tertentu memerlukan penerangan yang berhemah kepada ahli dan alhamdulillah Dr Muaz telah berjaya memberi penerangan sebaik mungkin dan diterima oleh semua yang hadir pada program tersebut.

Secara tuntasnya, diharapkan agar program SC ini dapat menjadi salah satu medium untuk para pelajar meningkatkan prestasi diri sekaligus memantapkan keyakinan dalam diri untuk bergelar seorang doktor yang berwibawa suatu hari nanti. Wallahu’alam…


disediakan oleh:


(Nur Syazwana Sa'adon)

Setiausaha Program Intro SC

UPI

Tuesday, December 9, 2008

..::Introduction SMART CIRCLE::..

ASSALAMUALAIKUM....W.B.T....



klik image utk lebih besar

Kepada sahabat2 di Mansourah specially 1st year student....marilah sama2 kita memeriahkan majlis ini....Penyampaian disampaikan oleh ustaz Salman...HOW TO BECOME AN EXCELLENT STUDENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE & talkshow hebat disampaikan oleh org yg berpengalaman : WHY SMART CIRCLE IS IMPORTANT IN OUR LIVE AS MEDICAL STUDENT

Tidak lupa juga penampilan istimewa Bazli (UNIC) dan Abdullah Fahmi(Juara AQ pertama)..

utk lanjut sila ke link

Unit Pembangunan Insan , PERUBATAN cawangan Mansurah

KEKEJAMAN BERLAKU DI MANSURAH!!

ASSALAMUALIKUM W.B.T

Herm....drpd tajuk ni nampak macam kejam kan....tp sebenarnye x de pape pown...saje je nak kasi gimik skit...(xdela gimik mane)....


pertama kali menyambut hari raya eidil adha di bumi mansurah ni dpt merasakan suasana yg amat berbeza dgn hari raya aidilfitri....kemeriahan lebih terasa pada hr raya aidiladha ni...

Ingin sekali sy menulis serba sedikit berkenaan aidil adha tetapi atas sbb yg tidak dpt dielakkan maka sy permudahkan dgn mengajak sahabat2 membaca dan menghayati kisah ini di Falsafah Kombat. (jgn marah ye kak fiey).saya sendiri tertarik dgn cara penyampaian sirah di falsafah kombat ni..

sedikit paparan utk dikongsi bersama...




p/s: salam aidil adha kpd semua umat islam di seluruh dunia










Friday, December 5, 2008

MAKAN...LAPAR...DAN KENYANG???




“Musim sejuk ni cepat betul rasa lapar kan…”luah salah seorang ahli baitku..
“A’ah la…baru-baru ni aku banyak makan…tp x banyak bergerak sebab malas nak keluar rumah sejuk2 ni.mujur kuliah jauh.dapat juga contrackan muscle2 yg makin mantap nih…”terdiam kami seisi rumah memikirkan kebenaran kata2nya itu….
Pernah dengar tak kata2 ni dalam ceramah


“KAMI ADALAH ORG2 YG TDK MAKAN SEHINGGA LAPAR,& APABILA KAMI MAKAN KAMI TDK SAMPAI KENYANG”


Ini bukanlah hadith dari Rasullullah s.a.w.Mungkin ramai yg mengatakan lafaznya dikatakan dari nabi tetapi setelah diteliti dan dikaji,tdk ada di dlm kitab2 hadith yg muktamad sprt Sahih Bukhari, Muslim, Sunan an nasa’I dsb.


Selama ini aku mengangap ini adalah hadis yg disandrkan kpd nabi.tetapi ntah kenapa aku tergerak untuk menulis ttg ini dan ketika aku ingin mencari dalil2 yg berkaitan dgnnya maka aku dipertemukan dgn kenyataan ini….(lebih lanjut http://www.praditya.net/2007/11/15/makan-setelah-lapar-berhenti-sebelum-kenyang/) Rupa2nya ada kisah disebalik kata “makan………..kenyang”. aku terbaca mengenainya dlm bhs ngr jiran…dan aku terjemahkan disini utk dikongsi bersama… sharing is caring :>


Dari kitab al-Rahmah fi al-Thibb karya Imam Suyuthi, ---ada 4 org doctor(dr.) dari Iraq, Romawi, India & Sudan. Dan antara keempat-empat dr. ini yg plg bijak adalah yg dr Sudan.Raja meminta petua / ubat drpd dr. ini utk diamalkan dan tidak mendtgkan kesan sampingn(effect)
Dr. dari Iraq kata minum air 3 teguk tiap pagi slps bgn tidur.Dr. dari Romawi kata telan biji rasyad(sejenis sayur) tiap2 hari.Dr. dari india bkata makan 3 biji ihlilaj yg hitam tiap2 hari.ihlilaj—gandum yg tumbuh di India,Afghanistan dan China---


Apabila tiba giliran dr. dari Sudan…dia diam…Kemudian raja bertanya..”Mengapa kamu diam saja?”
“Wahai Tuanku, air hangat itu dapat menghilangkan lemak ginjal dan menurunkan lambung. Biji rasyad
dapat membuat kering jaringan tubuh. Dan ihlilaj juga dapat membuat kering jaringan tubuh yang lain,”
“Kalau begitu menurut kamu, ubat apa yang tidak mengandung kesan sampingan?”
Doktor dari Sudan itu menjawab, “Wahai Tuanku, ubat yang tidak mengandung kesan samping adalah tidak makan kecuali sesudah lapar. Dan apabila makan, angkatlah tangan sebelum merasa kenyang. Apabila hal itu lakukan, maka tidak akan terkena penyakit kecuali penyakit mati,”
Dalam mengisahkan cerita tentang nasihat doktor dari Sudan ini, Al-Imam As-Suyuthi sama sekali tidak menyebutkan bahwa lafadz ini datang dari Rasulullah SAW.

Rujukan :

1)kitab hadis2 dhoif & maudhu’ karya Utz Abdul Hakim bin Amir Abdat hal 336.no hadis 228. Dan disebutkan hal itu tidak ada asal usulnya…
2) http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/41228?l=1

Kesimpulan….ini adalah hadis palsu..tetapi kita boleh ambil kltibar dari doctor Sudan ni…makan bila lapar…berenti sebelum kenyang….berbeza dgn apa yg lazimnya berlaku sekarang…makan sebelum lapar..berhenti bila kenyang…..hampir sama tetapi nyata berbeza… (“,)

Monday, November 17, 2008

FAKHRUL AZFAR SA'ADON


--GOOD LUCK EXAM ADIKKU SAYANG...SMG DIPERMUDAHKN DLM MENJWB SOALAN


--es...pi....em....08


--moga dapat reslt best & tercapai cita2 yg diimpikan slalu..


--p/s : dah besor pown...xleh wat perangai mcm budak kecik lg la... :>

Sunday, November 9, 2008

kau kawan.....kau jua teman... (",)


Ketika mula bertemu
terasa bagai telah lama bersua
kau sambut hulur tanganku
bertegur sapa penuh mesra...

Masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
menempuh onak liku
lalui semua suka dan duka...bersama....

Biarlah apapun rahsianya
dan kelemahanmu
tetap kau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
walau sesekali pandangan kita berbeza
andainya tetap serupa
adakalanya kita juga sering terluka
namun di akhirnya kita tetap bersama...


dan kini dipisahkan dua benua
saling mengejar cita
tak pernah kulupakan
detik nan indah bersamamu...temanku...


ku pasti suatu masa
engkau dan aku kan bertemu semula
kembali menjalinkan
detik nan indah untuk kenangan...bersama..
tetap kan bersama....bersama...

-----U N I C------

Friday, October 31, 2008

:: always in my heart.....who??::::

salam alaik....


22/10/08 yg lps tiba2 rs rindu sgt ngn mak....rasenye kalau ade offer balik msia...ms tu jgk dptkan offer tu..really missing u mom....
Alhamdulillah...at last i got the internet line in bait...and now i can update my maya home..heheh...but its like chipsmore....kejap ade..kejap xde....herm.....
friends....do you remember wat Yusuf Islam asked us in his song "my mother"??He asked us: "who was the one wh used to hold us,clean us, bathe us, and stay with us, while holding us tight when we were sick? what about the one who could hear us b4 we can talk??

My friends, no other than our mother.....our mom....

On 22/10/89, my mom the person who endured hours of painful labor,sleepless night and heartaches just to see i'm alive.Oh. m0m....

Reflect back on hadith that ends wif statement "....The Prophet Rasullullah p.b.u.h said " hold fast onto (serving) her as paradise lies on her foot".Subhanallah...our moher is where paradies lies...Imagine the status given by Allah to the special women called mother....

Mom, sorry for everythg, for all mistakes that i hv done...on my spesel day,without you by myside...you are always in my heart....jauh di mata dekat di hati.....My housemate celebrated surprise party...Fuh,secretly they bought such a big cake...i was shocked becoz i thought they all forgot my befday.....huuhu...i'hv already bought one cake like them....so...total up we hv 2 cakes...

erm...i remembered last year, the same insident at Pahang Matriculation (KMPh)... my familymuttaqin(sohabati) also planned a surprised party 4 me..huhuhu...misz u all girls..one day hope to see u all again .......insyaAllah biiznillah...


ni kek from myfam.....


okeyh...prasaan rindu nie xleh layan sgt...nant homesick....need to study....last but not least...appreciate our mom as they still alive......
on vacation to Tioman..dekat je ngn pekan...wonder...bila dapat pergi sane lg??!!!!










cd klas dah siap.....lega....

Ahamdulillah...akhirnya aku dah lunaskan janji aku pd sahabat2 kelas tutorial 4 masa foundation arabic kat UKM hrtu...em...apa janji tu?..janji nak bg cd kelas...sorry guys coz late...but better late than never right??hehe....cd tu dah bg kat sume....kacawali yg study kat alex...em...camner nk bg diaorg...mybe kne mintak tlg mr.mahmood(mr. yg jaga stdnt msia)


tp ade satu perkara lg...cd klas haritu ade lebih...maksudnye ade baki...so mintak halal lah yer cd tu...pd x-tutor 4....sebarkanla pd yg lain...ckp yg cd klas tu ade lebih n mintak halal la kalo sy amik....lagipun ketua klas dah bg permission....katenye amik je...huhu..xnak upah tp nak cd jek..hehe..sorry kalau cd tu cam ntah pape je...sy hanye buat stakat termampu....kalau ade sesiape yg cd die rosak or sekat2....blh mintak yg baru kat saye k...


ni gamba klas...saje nak menyemak kat blog ni :>
masa sambutan raye kat istad..ape nama dewan tu x igt la...

Friday, October 3, 2008

fondi!!!


kali ni nak berbuka kat luarlah"bisik hati aku yg malas nak memasak"...hehe..sejak seminggu kami beli rice cooker di cairo telah meningkatkan level kerajinan kami utk memasak...tapi mlm tu tiba2 rs nak berbuka di luar....akhir skali kami serumah sepakat nak berbuka diluar....

tp mcm mane??kitorg xtau nak ckp arab ammiy dgn lancar....pernah sekali aku guna bhs isyarat je nak order makanan..heheh..kalau rakam ms tu msti best....terdetik kat hati nak berbuka dgn fatiah & neen...jiran dpn rumah...sebab depa berdua ni rajin makan kat luar(dapur rosak)...jd pd mlm itu kami 2 rumah pergi berbuka di kedai ala2 itali...FONDI....eh...kejap2...baru teringat yg mlm tu farhanah(yuyu) join kami...sbb die x larat nak berbuka kat rumah snior...em..xpe la yuyu ....mai memeriahkan majlis berbuka di fondi..hehe(yuyu ni besfrend aina...my closest cousin yg kini menuntut di darul quran..)

setelah solat maghrb berjemaah...kami berkonvoi ke fondi dgn menaiki 2 teksi...sepatutnye kalau keluar waktu mlm perlu ade mushrif(stdnt lelaki msia ) sbg teman kami..tp mlm tu bukanlah kami nak tunjuk berani...tp xnak ganggu mushrif... nant depa segan nak berbuka sekali...(kami lg segan :D)jd kami sepakat keluar mlm tanpa mushrif(kpd senior...maaf yer..kami xkan buat mcm ni lain kali) --kate2 jujur dr seorg junior :p

juadah berbuka kami simple je...tp byk...wah...x larat nak habiskan...sampai ade yg bungkus bw blk rumah...usai makan kami jln2 kejap...ambil udara mlm di pinggir sg.nil...yuyu cuak...sbb dah mlm tp x balik2...disebabkan yuyu mcm dah nak menangis....kami pun decide utk balik ke rumah....(sbnrnye yuyu takut sarah-ketua rumah- marah sbb keluar mlm2 tanpa mushrif)
xpe...demi yuyu kami pon balik...

inilah serba sedikit penglman berbuka di luar rumah...sbnrnye cerita ni hanyalah kesinambungan semata2 utk letak gambar yuyu...dr td die suruh letak gambar die dlm blog ni... jd puaslah aku mencari ilham utk melampirkan gambarnye...wah famaous yuyu dlm ni... blh jadi kne marah dgn die ni...xpe...lgpun blog ni blh jadi tempat aina hlgkan rindu kat shbt die ni...

em...rsnye cukup stakat ni buat ms ni...will be continue after this....i/Allah.....

Wednesday, September 24, 2008

culture shock...



alhamdulillah...

setelah masuk hampir 3 minggu berada di bumi anbiya' ini barulah kali pertama aku berkesempatan untuk update blog yg tlh lame terbengkalai ni...

pertama kali menjejakkan kaki disni aku tlh diperlihatkan keindahan bumi mesir ini... alhamdulillah...suhu yang tidak jauh beza dgn negara sendiri krn tika itu adalah penghujung musim panas,walaubagaimanapun bahang tetap terasa.

apabila berada di tempat orang barulah rasa bertuahnye berada di tempat sendiri... walauapapun syukur kerana aku diberi peluang untuk menuntut ilmu di bumi anbiya' bumi barakah....

buat masa skrg kuliah in english blm bermula...jadi aku dan ahlul bait decide untuk join kelas in arabic....walaupun kami tak paham ape yg dicakapkn oleh pensyarah..sekurang2nya kami dpt mencedok semangat student arab yang mana semuanya berumur 17 tahun..wah..mereka semua hebat...muda tp matured...kalau suruh teka umur blh jadi aku teka mereka berumur 22 thn...dan mereka adalah pelajar yg terpilih dr sekolah masing2...menurut perbualanku dgn student arab yg bernama Mona(manis orgnye)...utk terpilih menjadi pljr di kuliah tibb,(perubatan)mereka harus mendapat plg kurang 97%...compete!!

ramadhan kareem...ramadhan di kota al-misri ini cukup meriah....dimana2 shj ada org mengaji... even seorg peniaga...penjaga....org yg bw teksi...dan jgn terkejut jika sy katakan seorg penjual di kedai hanphone(mcm tpt kite selalu beli topup) yg stylo pun meluangkan masanye dgn membaca kalamullah ketika tiada pelanggan...subhanallah...ayat2 cinta dr Rabbi dialunkan di mana2 shj....

ada satu perkara yg ingin sy konsi bersama pembaca2 blogger....ukhwah org arab sgt baik... pada mulanya terbeliak mata sy apabila melihat dua org remaja arab lelaki berjalan sambil bersilang tangan...(kalau di msia sudah dilabel gay) tp rupa2nya itu adat mereka.... org lelaki juga akan berlaga pipi selepas bersalaman...

mata dah berat..tangan pun dah mula kaku...idea pun beku....ade byk lg criter yg nak dikongsi bersama tp mungkin setakat ini dulu buat masa ini....mudahan Allah permudahkan perjalanan hidupku ditempat org bi......amin....

Tuesday, September 2, 2008

5 days left.....


Tatkala melihat pemandangan di luar rumah....tika itu juga saya akan rasa hiba....hiba kerana tidak lama lagi saya pasti merindui suasana ini....

Soalan yang biasa ditanya oleh sahabat2 ketika ym adalah...'wana,x sedih ke nak gi jauh?'huhu...siapala yang tak sedih kalau tak dapat beraya dgn keluarga...mungkin inilah tarbiah buat diriku...berjauhan dgn family & sahabat 'sepermainan'....namun antara yang dapat menguatkan hati ini utk meneruskan perjuangn adalah...

Imam syafie"aku tak tahu satu yg lebih mulia slps ilmu halal & haram , melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dgn menguasainya'(Muqaddimah Tahqiq, al-Risalah imam Syafie)

Saya masih terigt peristiwa untuk mendapatkan pasport drpd Excess corporation(agen umrah)... amat sukar...mcm2 insiden yang dilalui sepanjang proses mendapatkan semula pasport... seminggu sy tiggal bersama keluarga pakcik sy di bangi...saya amat terhutang budi dgn mereka sekeluarga....hampir seminggu saya menghabiskan masa dgn bermain bersama sepupu saya...she's very cute person....isn't it??huhu..rindu nak cubit pipi die....

To my beloved mum.....i love u so much....yang byk memberi dorongn utk meneruskan pelajaran....segala jasamu hanya Allah saja yg mampu membalasnya.....moga citaku dan harapanmu tercapai jua....amin....

Kini hanya tinggal 5 hari....dan sudah pasti saya akan memanfaatkan 5 hari ini sebaik mungkin...

Sepanjg kita berpuasa ni sama2lah kite segera berbuka(tunggu azan dlu tau)..

Dari Sahl bin Saad as-Saadi berkata bhw Nabi s.a.w bersabda" tidak henti-hentinya seseorang itu berada dalam kebaikan selama die segera berbuka puasa(apb masuk waktu)"-HR Bukhari,no 1957..

Dan bangunla utk bersahur walaupun hanya seteguk air...

Dari Anas ibn Malik,bhw Nabi s.a.w bersabda:"sahurlah krn dlm sahur terdapat berkat"-HR Bukhari,(no 1923) n Muslim(no 45)




Tuesday, July 22, 2008

wahishtikum awi2!!!


Fake Magazine CoversVote for this MagazineEmail this to peopleNovelty Gift



"keramatnya ukhwah,
melangkaui hubungan darah,
kasih sayang kerana Allah,
tonggak kekuatan dalam jemaah,
digubah dengan acuan aqidah,
tidak seorang pon dibiar gundah,
andai ditakdir rebah,
seribu membantu gagah,
moga hatimu tabah,
menempuh segala mehnah,
andai ingin diluah,
diri ini sedia bersama menanggung resah"

Monday, July 7, 2008

j0m belajar.....!!!!!


assalamualaikum w.b.t......

Diceritakan oleh Jamaluddin al-Qasimi, pernah seorang yg kagum dengan kekuatan hafazan Imam Bukharibertanya kepada beliau "apakah ubat untuk mudah dan kuat menghafal?" jwb Imam Bukhari"tiada perkara yang lebih bermanfaat tentang hafazan yang aku tahu melainkan 2 perkara iaitu 1)kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu(nahmatul rajl) dan 2) sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali (mudawwamatin nadzar)"

-dipetik dari "SIFAT BUKHARI DALAM KAJIAN HADIS" oleh Muhammad Fathi Ali,-fathi_ali1427h@yahoo.com-0139913261-

Usai membaca artikel yang bertajuk SIFAT BUKHARI DALAM KAJIAN HADIS ketika membuat foundatn bhs arab di ukm yg lalu..... saya tertarik dengan petikan di atas....yang mana seharusnya dicontohi oleh kita semua dalam usaha menuntut ilmu...(artikel ini diberi sendiri oleh saudara Fathi namun hanya petikan ini yang saya ade memandangkan artikel sebenar perlu diberi kpd empunye...)

Jika recall semula zaman saya di matrik dulu....saya sendiri jarang mengulangi ape yg telah dibaca....saya fikir saya dapat mengingati semua yang telah saya baca sms exam....namun...ketika exam saya blur....lepas exam sy tension...sedih...murung..memikirkan yang sy boleh lupa byk perkara ptg walhal sy telah pun mengulangkaji subjek itu...

Sedangkan Imam Bukhari yang terkenal dengan daya ingatannya yang kuat pon sentiasa mengulangi ilmu yg dituntut...inikan pula saya yang dot dot dot.......... ('_')

Oleh demikian,saya ingin memperigtkan kembali diri saya dan pembaca blogger yang dirahmati Allah sekalian bahawa kita masih belum terlambat utk mengatur kembali kaedah pembelajaran kita agar lebih sistematik demi menjamin kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.....jadilan insan yang bergelar dai'e tapi exam maintain....cool... :>
Banyak lg tips2 yang baik dan patut diamalkan termasuklah yang terdapat dlm petikan di atas tadi....Mungkin selama ini kita study tapi seolah2 terpaksa....jadi...terbitkanlah rasa cinta terhadap ape yang kita pelajari....Mudah mudahan Allah permudahkan jalan dlm perjuangan kita menuntut ilmu dan jln dalam perjuangan agamaNya....waAllahu'alam....

ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH






Sunday, June 8, 2008

ukhwah kerana gerak kerja dakwah vs ukhwah kerana ALLAH...


Assalamualaikum w.b.t...


"Kalau kamu membela agama ALlah..nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirianmu"(MUHAMMAD:7)


Merujuk perkara di ats(skemanya :> )..terdapat seolah-olah 2 jenis ukhwah yang berbeza nawaitunya..Apakah ianya benar2 terdapat perbezaan?

Lantas saya segera bertanya beberapa pendapat daripada insan2 yang saya kagumi..Antaranya menurut pendapat Ummu Umar..yang baru dikurnia cahaya mata pertama(umar Farouq) "kalau gerak kerja dakwah bermatlamatkan kepada ALlah..maka samalah kedua-duanya".

Pendapat ini saya kira sama dengan pendapat yang diberikan oleh Akh Azizi senior saya yang terkenal dengan ketegasan disiplinnya.."jika halatuju/matlamat / ghoyah yakni tujuan dakwah itu adalah kerana Allah,maka kedua-dua ukhwah ini tiada bezanya."

Begini pula respon dari pemilik blog al-fateh.blogspot.com (promote blog plak :>) ,"bukan ke gerak kerja dakwah adalah kerana ALlah jua...?knp harus dipisahkan?" Begitulah jua respon yang diberikan oleh empunya blog aspirasi mahasiswa..Ringkasnya, ukhwah kerana gerak kerja dakwah dan ukhwah yang terjalin kerana Allah terhimpun dalam satu rumpun yang sama dengan bermatlamatkan Yang Maha Esa..


Sesungguhnya, hubungan atau ikatan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umatnya supaya bersatu dari sudut pemikiran, rohani dan perasaan hendaklah dirasakan dalam bentuk seolah-olah laksana satu badan..Ini sesuai seperti sabda Rasullullah s.a.w..

"Bandingan orang2 mukmin dalam kasih sayang dan belas kasihan antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakitnya" (riwayat muslim dlm sahihnya)


Ya benar...jika dilihat tajuk warkah kali ini dari sudut bahasa.. sepatutnya tiada istilah dua ukhwah yang berbeza...Segalanya jika diniatkan kerana Allah... manisnya ibadah yang dilakukan pasti terasa..walau sekecil zarah sekalipun amalan yang dilakukan...Namun demikian...sbg hamba yang lemah..apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah dr sudut perlaksanaan...

Pada kali ini..berbeza pendapatnya dengan yang lain..menurut ukht Mahfuzah yang kini menuntut di Usim.."Ada beza antara dua ukhwah ini..Ukhwah kerana Allah yang diseru Islam..Ukhwah gerak kerja mungkin dipengaruhi rasa kesian atau nak tolong kawan sebab tengok kawan banyak kerja yang dia kene buat..bukan atas dasar lillahita'ala..."


Naudzubillah, moga kita tidak tergolong dlm golongn yg berhubung kerana gerak kerja semata2...Tapi..inilah hakikat yang berlaku sekarang..dan inilah yang ingin saya sampaikan...perlihatkan.,.walau ianya dipandang remeh...


Acap kali saya cuba ketepikan perasaan yang kurang enak apabila memikirkan adakah antara sahabat2 saya yang berkawan dengan saya semata2 kerana gerak kerja...??usai shj sesuatu kerja maka kaedaan kembali seperti sebelum gerak kerja dilaksanakan...(maksud saya dr segi ukwahnya) ...Perasaan atau kebimbangan ini sungguh sukar untuk diungkapkan dengan kata2.....namun...respon yg diberi oleh ukht Mahfuzah cukup membuatkan saya yakin bahawa mungkin sahaja ade diantara kita (termasuk saya) yang berukhwah kerana gerak kerja dakwah semata2...


Oleh demikian...mari kita bermuhasabah diri dan fikir apakah selama ini nawaitu kita sudah jelas??Sesungguhnya kita adalah hambaNya yg tidak terlepas dr melakukan silah dan salap...ops..tersalah...salah dan silap..(tandanya dah ngantuk ni,dah lame duk depan skrin...mata dah kering.. :> )


Akhir kalam,hayatilah dan fahamilah kata2 di bawah ini sebagai penutup warkah elektronik saya pada kali ini...

"keramatnya ukhwah, melankaui hubungan darah, kasih sayang kerana Allah.,tunggak kekuatan dalam jemaah, digubah dgn acuan aqidah, tidak seorang dibiar gundah, andai ditakdir rebah, seribu membahu gagah, moga hatimu tabah, menempuh segala mehnah, andai ingin diluah, diri ini sedia bersama menanggung resah.."
salam ukhwah fillah buat semua sahabat

Friday, May 2, 2008

khemah ibadah baik utk semua....

assalamualaikum.....kepada semua pembaca blogger..semoga kalian semua dirahmati Allah selalu....
setelah sekian lame menamatkan pelajaran di matrikulasi..baru kali ini sy berpeluang utk post sesuatu yang baru yang ingin sama-sama saya kongsi bersama kalian......

seperti yang kita semua sedia maklum..khemah ibadah mempunyai banyak manfaat kepada semua peserta yang mengambil bahagian....tetapi...jika pengisian atau kaedah penyampaian tidak sesuai dgn level para peserta...kemungkinan besar mesej yang ingin disampaikan dalam kem ibadah tidak kesampaian....

baru-baru ini saya telah diberi peluang menjadi fasilitator khemah ibadah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) bersama dengan teman seperjuangn ketika di sekolah rendah sprt ukht intan hazila dan akh azmi yang diadakan di Kem Sri Gading Uitm Jengka.Peserta yang mengambil bahagian adalah pelajar sekolah rendah tahap 2.(darjah 4/5/6).

pada mulanya saya fikir tentulah kem ini lebih kepada santai kerana tentulah adik2 ini tidak diberi kawalan disiplin yang ketat memandangkan ade peserta sekecil 8thn tetapi ternyata andaian saya ini meleset. mereka telah didedahkan kpd kepentingan "punctual" utk semua aktiviti..... siapa lambat die kene denda....mereka juga dikehendaki menjaga barang amanah(sorg jg sebiji kacang hijau) ...saya macam tidak percaya mereka boleh lakukan dengan baik..... walaupun sentiasa kalut utk menjayakan sesuatu aktiviti kerana suasana yang amat asing bagi mereka... maklumlah... bermalam di dalam khemah.saya rasa amat lucu apabila memikirkan ada yang membawa bantal..tilam...makanan(kalau utk pljr asrama cukuplah utk sebulan) :)
tapi itu adalah perkara biasa utk peserta yang berjiwa muda ini....

pada malam terakhir...kami rancang utk mengadakan NIGHT WALK."kita merancang, Allah jua merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik"..
usai solat isya ',hujan pun turun dengan lebat...peserta muslimat menangis kekalutan.. kami jadi serba tak kena je,,,terkejut mendengar tangisan mereka secara tiba2 itu...sudahlah berada di tengah hutan....walaubagaimanapun,kaedaan tersebut akhirnya dapat dikawal... kami gantikan NIGHT WALK dgn MALAM MUHASABAH.Alhamdulillahitulah antara pengalaman yang tidak dpt saya lupakan.

Antara aktiviti lain yang diadakan adalah qiamullail....ini yang membuatkan saya kagum dengan peserta kecil cili api..ops ...cili padi ni..... tidur lewat malam tetapi jam 4.30am mereka sudah mempersiapkan diri utk menghadap Pencipta yg Maha Agung....Subhanallah... amalan ini jika dipupuk suatu hari nant negara kita pasti terdiri daripada pemuda pemudi yang sentiasa dipelihara Allah....




Alhamdulillah...khemah ibadah anjuran ABIM ini berjalan dengan baik.tahniah kepada ibu bapa yang sudah imendedahkan anak2 mereka dengan khemah ibadah ini.... jika sesiapa ada anak... hantarlah ke khemah ibadah sebagai alternatif lain utk mendidik anak kalian...hehe...

untuk program akan datang iaitu menjadi pembantu pelajar utk program orientasi matrikulasi kpm yang bermula pada 5/5 ini terpaksa saya batalkan kerana kemungkinan besar saya akan berdaftar di ukm pada 11/5.rasa seolah2 saya telah kehilangan satu program besar kerana tidak dapat bersama2 sahabat myfam utk jadi fasi di matrik...sedihnye...isk..isk...
xpe....saya doakan agar kalian dapat buat yang terbaik utk KMPH....dan yang ptg utk Islam....

nampaknya ade tetamu. dtg..saya hentikan dahulu coretan saya pada kali ini...moga bertemu di lain lembaran....

maat taufiq wan najah....wa salam....

Monday, March 31, 2008

background sekolah ptg ke???

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T......



budget tym kejap je nak post kat blog ni...pastu nak stadi lak....pastu nak sediakan nama ajk surau muttaqin...tuk sijil...br dpt order dr pak imam..huhu..sape la ek...



berdsrkan tajuk kat ats ni...yg nak jadikan sedikit perbincgn....betul ke bckground sekolah tu melambgkan peribadi @ sifat seseorg??erm..berdasarkan pengalaman sy sepnjg duk kat matrik ni....backgrnd skolah x penting....stuju tak??



Masing2x ade opinion tersendiri...for me...seseorg yg walopun dlu skolah agama....pkai tdg labuh...songkok..kopiah..or wateve.....tetapi x semestinya dia istiqamah dgn ape yg dia wat kat skolah dlu bile dah tamat skolah...for example: kat skolah dlu cegah kapel...ttp bila kuar skolah...die yg kapel.(nau'zubillah..).. so...x sume bdak skolah agama istiqamah ngn ape yg dipraktik ms kat skola dlu...betul ke??dengan kate lain....kita xleh nak kate sume budak ex-skola agama alim dan wara'??....(ungkaplah kebenaran walopun ianya pahit)



sy ade sorg sahabat...pakai tdg labuh.... sy tanye die.."dlu sekolah mane"..die jawab.. "skolah bese je...SMK...." sy tanye lg..."ms kat skola dlu memang pkai tdg labuh ke??" die jawab "x pernah pon..1st tym sy pakai tdg labu ms pendaftrn kat matrik ni"...Subhanallah... kuatnye die... sy amat kagum dgn pendirian die...dan sy x pernah tgk die pakai tdg lain slain tdg labuh... (adakah sy mampu menjd sepertinya???)-dalam hati tertanya2...tepuk dada tanye iman...



Drpd kisah benar di ats...sy boleh katakan yg bckground sekolah x blh melambgkn peribadi seseorg...x semestnya stdnt skolah bese x blh buat ape yg diamalkn oleh stdnt skolah agama... mari kite kaji ape puncanye berlaku gejala ni.....



from my research(mcm wat thesis lak...hehe)..byk sebab berlakunye gejala ni...sy xkan snaraikan sume coz ms limit...in short...pentarbiahan adalah PENTING!!.semua umat perlukan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi.... lojika yg mengatakan org yg tinggi imannye x perlu kpd tarbiah adalah tidak benar... ini krn iman manusia boleh bertambah dan berkurang...



sabda Rasullullah s.a.w..."Sesungguhnya iman yg brada dlm hati kamu menjd lusuh seperti mana lusuhnya pakaian. olh itu, mohonkanlah dr Allah Ta'ala spy die membaharui iman dlm hati kamu" -riwayat al-Tabrani dan al-Hakim



tarbiah juga tidak dikhususkan kpd plajar skolah agama je...cuma ia adalah bonus bg plajar alirn agama krn terdedah kpd proses tarbiah yg lebih....berbanding skolah bese...(melalui usrah... kuliah maghrb...etc)



sy sendri merupkn ex skolah agama dan sy akui bahawa ilmu agama sy masih lg cetek.... basic family sy tidaklah terlalu kuat agama...dan sy mengambil inisiatif mentarbiah diri sy ketika bersama dgn sahabat2 di kmph....merekalah yg slalu igtkn sy jika sy lalai dan leka...maklumlah.. sahabat adalah insan terdekat dgn kita setelah berjauhan ngn keluarga.... Acuan yg dibentuk masa matrik ni akan membentuk dri sy apabila tamat matrik nanti.... As a human...sy x blh yakin dgn ape yg sy katakan td...oleh itu......back to de main point...tarbiah harus diteruskan....

masa ni sahabat masih lagi memainkan pranan yg ptg...berhubung dan saling igt meingati.. walopun duduk berjauhan...tetapi ukhwah tetap berterusan..sahabat ibarat jauh di mata...dekat di hati...(sastera skali skala..) :)



alarm dah berbunyi...tandenye sy kne stop sampai sini dlu...konklusinye.. utk sesetgh perkara, sy x brape stuju utk i'rab atau mentafsir peribadi seseorg brdsrkn bckground skolah dulu... tp ianya satu kelebihan tuk stdnt skolah agama utk mendekatkn diri dgn Yang Maha Esa dan mendalami ilmu agama... Marilah bersama kite mohon petunjuk dan hidayah dr Allah agar sentiasa dipeliharaNya...



P/s: ini adalah pendpt dr sy yg hanya sorg hamba yg hina....oleh itu jika ade yg perlu sy perbetulkan...maka bolehlah kemukakan...sy mengalu2kan pandgn dan kritikan kalian...
Hidayah adalah milik Allah tetapi sbg hambaNya kita harus berusaha mencarinya.....






Friday, March 7, 2008

Al-Mesri......kota peradaban.....kota tujuanku...

salam...pembuka bicara....
dah lame x post dlm blog sendri.....asyik pos blog lain je.....hehe..blog sape la tu......

hari ni org ngundi...ramai2la kite ngundi...smg ari ni dlm sejarah...bak kata drmaza(mufti perlis) ...setiap undian kite tu akn dihisab....

Berhati-hati memilih pemimpin..

Undi anda mempunyai nilai dosa dan pahala.. demikian menurut Dr. Muhamad Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis di dalam artikel di bawah. Laman Web Dr. Asri ialah:

http://drmaza. com/

straight to the point...actually ape yg nak diutarakn di sini adalah kebaikan n keburukan blaja di luar ngr.......jom kite list atr kebaiknnye blaja kat mesir ni....

  • dapat menimba penglman blaja kat ngr org...
  • dpt tuntut ilmu agama skali
  • dpt kuasai bhs asing-arabic
  • dpt blaja budaya org asing
  • dpt jumpa shbt lain kt sane....tasya...fathiyah...a.a...mukaramah...
  • yg plg ptg dpt further stadi ler....
ni la atr kebaikn...so..ape keburukan nye lak???

  • jauh dr family...nant homesick la....isk2
  • xtau lg sahabt 2 kat sane camne .......rindu shbt tahapian...smapian...kmphian....
  • memula kat sane msti susah nak adapt ngn prsekitrn....
  • nanti ari raye x sambut ngn family....
  • yg plg ptg...HOMESICK!!!!!!!!!
Erm....stakat ni...ni je yg dpt disenaraikan..... btl ke aku nak gi sane nih...runsing la....... tolong la...
pendpt kalian amat diperlukn.... slain wat solat istikharah.... ur opinion... AMAT PENTING!!!!

Ape yg ptg...rezki Allah ade di mana-mana....tuntutlah ilmu walau ke negeri China..... kite blaja bkn tuk Exam!!tp Exam utk tingktkn pmbelajaran kite.....btl kan??

Final just around de corner.....tp stadi msh tunggang tebalik....bebaru ni mcm under pressure... mintak maap la kat shbt2 yg brase ati andai kate ana terkasar bhs @ terlepas bicara@ yg sewaktu dgnnye...al-maklumlah....dri ini sering melakukan kesilapan

ok...disebabkn ari ni nak g ngundi..maka terpaksalah stop d cni dlu.....(ckp syarat ke??) dpt jaga kotak undi pon jadila....nak tunjuk kat makcik2 n pakcik2 ni supaya pangkah bulan....hehehe

INGAT: UNDI KITA KEPADA PEMBANGKANG TIDAK AKAN MENUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL

TETAPI: UNDI KITA KEPADA PEMBANGKANG AKAN MENJADIKANKERAJAAN SEDAR BAHAWA RAKYAT YANG BERKUASA

UNDI KITA MEMBOLEHKAN CHECK AND BALANCE BERLAKU BAGI MENYEKAT BARISAN NASIONAL TERUS BERMAHARAJA LELA BERBUAT SESUKA HATI MEROSAKKAN NEGARA!!

sesuatu yg pasti n pasti dilalui adalah kematian....dan setiap perkatan yg ditulis ade yg menghisabnya.....waAllah hu'alam.....

Saturday, February 23, 2008

tersebutlah al kisah...

KISAH TIGA ORANG ANAK

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang di bawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben.”Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?” Apa yang dijawab Harben?

“Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah
keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?” Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. “Baiklah kalau begitu”
jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis.”Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang.

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?” Apa yang dijawab Anis?

“Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?”

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.”Baiklah kalau begitu” jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. “Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..” Lalu Amsal menjawab, “Baiklah ayah” tanpa sebarang alasan.
Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI .

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Saturday, February 16, 2008

...wahai hati...

Bismillahirrahmanirrahim..
Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah
saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke
dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha
illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan
(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah
terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda
menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk)
yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti
Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa
sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu
Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

(H.R. Bukhari Muslimi)
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa
apabila di suatu tempat atau
negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan,
maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.
Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang
shaleh juga akan dibinasakan
, walaupun masing-masing pada hari
qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera
dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan,
supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-
orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi
ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang
bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada
di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah
kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang
menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah
kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari
bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan
dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada
maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa
rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan
Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan
bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul
Qarnain dan pengikut-pengikutny a dengan campuran besi dan tembaga,
maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir
tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan
hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu
kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah
terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya
.

Assamuaaikum.......
sperti yang telah diceritakan, sesungguhnya masa untuk kita menghadapi hari qiamat itu sudah terlalu hampir....
dan bagi setiap y bernyawa pasti akan merasai kematian.........
Apakah hati2 kita merasa gentar dgn janji Allah ini???
sudah selesaikah tugas dan tanggungjawab kita di muka bumi ini???
Didalam Al- Quran, Allah ada menyebut..hal adullukum ala tijaratin tunjikum minazabin alim... tu'minunabillahi warasulihi wa tujahiduna fi sabilillahi bianfusikum wa amwalikum....ilal ayah...
yang bermaksud, adakah kamu mahu sebuah perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?Iaitu dengan beriman kepada Allah dan rasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan diri dan harta kamu..............Renungilah maksud ayat ini....ahai manusia yang dikurniakan akal......
sabda rasulullah dalam sebuah hadith.... faman qala lailahaillallah, fahua da'i.....maksudnya barang sesiapa yang mengucap tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruhNya, maka dia adalah da'i......
Allah s.w.t. telah menjadikan manusia untuk menjadi hamba dan khalifah di atas muka bumi....
tugah khalifahlah dalam masa yang sama... merupakan suatu ujian yang mengandungi seribu satu rahmat dan berkat... iaitu tugas untuk berdakwah sesama makhluknya dan kpd diri sendiri...Maka oleh itu, kita sbg hamba Allah yang lemah perlu bersama-sama melakukan tugas dan menyambung rantai dakwah dari rasulullah ini.
Semoga anda faham dan Allah memmbuka pintu hatimu untuk sentiasa thabat dalam perjungan islam....
Sekali pun realiti tugas dakwah kita di sini tidak sampai mengangkat senjata.... namun sentiasalah mempersiapkan dada kita dengan ilmu2 yang bermanfaat.... dan tidak menjauhkan diri dari usaha2 dakwah.....
ingat dan renungi.... menuntut ilmu itu terletak di tangga pertama tp, jgn biarkan kerja2 jam'iah dan fardhiah dalam berdakwah itu di tangga kedua... Wallahua'lam bissawab

Saturday, January 26, 2008

the best of u....


Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported:
The Messenger of Allah Sall-Allahu alayhi wa sallam said,
"The most perfect man in his faith among the believers
is the one whose behaviour is most excellent; and the
best of you are those who are the best to their wives.''
[At-Tirmidhi] .



Thursday, January 24, 2008

CINTA sblm kawin mghmpiri ZINA!!!!!!!!!!


1. Kami tidak berzina!
- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.

2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum. . adakah menhampiri zina ? - Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akanmengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??

5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!

8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri iti tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nakurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.

11. Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( hari Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.

12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.

13. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..
-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang

14. Jadi manusia itu tak tahan di uji??
-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua- duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

15. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.

16. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya? ?

17. Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…
- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.

18. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.

19. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??

20. Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. .
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah: “Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

25. Bagaimana kami ?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.

26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.
Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilal dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan,hamba Mu berdosa.
Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!

Friday, January 18, 2008

3 aqidah.....?????????????????

1. Tiba tiba kita di kisahkan dengan isu penggunaan perkataan Allah oleh pihak kristian. Ada yg mengatakan, pihak kristian tidak pernah menggunakan perkataan Allah. Yang digunakan ialah Tuhan, Lord etc. Tetapi ditanah Arab, dikabarkan perkataan Allah adalah biasa digunakan oleh orang kristian. Mungkin ada yg berkata perkataan ALLAH sepatutnya hanya 'exclusive' pada orang Islam.

2. Mengikut lapuran akhbar, ada kenyataan pegawai yang mengatakan penggunaan perkataan Allah itu ada yg tersirat. Ianya untuk mengelirukan orang melayu. Ada betulnya. Tapi orang melayu yang bagaimana yg mudah terkeliru. Orang melayu yg mudah terkeliru ialah orang melayu yang tak sembahyang, tak menjaga keislaman mereka, tidak peduli keimanan mereka, tak menjaga aurat mereka. Orang yang menutup aurat dengan baik ialah orang yang memang mahu menurut perintah Allah dengan sebaiknya, dengan penuh iman dan dengan berilmu. Apatah lagi begitu ramai orang melayu yang tidak sembahyang hari ini. ( Memang ada muslim yg berilmu bertukar agama tetapi terlalu kurang ) .

3. Tapi bukan ketaatan agama rakyat itu bergantung kepada kekuatan agama pemimpinnya. Jika pemimpin yang dipilih itu ialah pemimpin yg memilih isteri pun jenis tidak menutup aurat atau tidak segan memegang bahu terdedah orang perempuan dan kemudian mengaku 'saya seorang Islam yang baik', atau pemimpin yang isterinya berlaga pipi dengan pelakon handsome Hindustan, MAKA memang kita perlu bimbang. Kita perlu bimbang kerana itulah level kefahaman atau komitmen Islam rakyat hari ini. Umat Islam yang punya kefahaman dan komitmen yang tinggi, tidak akan memilih orang begini sebagai kepimpinan mereka.

4. Satu perkara yang ingin saya tekankan disini ialah TIGA AGAMA INI, YAHUDI KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH DARI SATU RUMPUN.

5. Satu rumpun bermaksud:-
a. Ketiga tiga nya ini menerima ALLAH adalah tuhan mereka.
b. Ketiga tiga nya mempunyai Rasul yang diiktiraf oleh Allah.
c. Ketiga tiga nya menerima dan ada kitab masing masing yang diturunkan oleh Allah melalui nabi masing masing.
d. Ketiga tiganya mempunyai syariat tersendiri.
e. Ketiga tiganya ada kesinambungan iaitu dari Yahudi ke Kristian ke Islam.
f. Sebelum kedatangan seorang Rasul yang baru, ianya diceritakan terlebih dahulu oleh kitab sebelum Rasul itu.

6. Oleh itu apabila ketiga tiga agama ini menyebut perkataan Tuhan, maka ketiga tiga itu merujuk kepada Tuhan yakni ALLAH yang satu.

7. Tetapi kata orang puteh, THE BUCK STOP THERE. Dalam kata lain, keserupaan (bukan persamaan ye) berhenti disitu. Penerimaan konsep Allah atau Konsep Ketuhanan itu jauh berbeza antara satu sama lain.

8. Sebenarnya ada satu elemen lagi dimana ada persamaan konsep ketuhanan antara org Islam dan org kristian. (nota: ini bukan isu trinity). Orang Kristian menerima bahawa Allah itu sebagai Pencipta atau Penguasa terhadap sesuatu. Kepercayaan begini bererti bahawa Allah yang menciptakan alam mentadbir dan memiliki alam, memberi rezeki dan segalanya adalah dibawah pengetahuan, kehendak dan bijaksana Nya yang tidak terhingga . Orang Kristian, malah semua agama didunia ini, menerima dan mengambil kefahaman ini. Orang Islam juga menerima konsep ketuhanan ini.

9. Dari segi ilmu Tauhid, keimanan kepada konsep ketuhanan diatas dinamakan Tauhid Rububiyyah. Tauhid Rububiyyah bermakna seperti yang digaris diatas. Tetapi bagi orang Islam, keimanan ini baru separuh sahaja. Ianya masih lagi tidak lengkap.

10. Untuk melengkapkan keimanan itu, orang Islam perlu mentauhidkan Allah dalam peribadatan. Maknanya kita menerima Allah dalam 2 perkara:
a. Pertama menerima Allah sebagai Pencipta dan Penguasa sesuatu.
b. Kedua menerima Allah dalam peribadatan kita (Ubudiyyah)

11. Menerima Allah dalam peribadatan bermakna:
a. Beriktiqad hanya Allah sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat meminta
b. Meletakkan seluruh kehidupan kita diatas petunjuk dan perintah Allah.
c. Menerima kuasa mutlak Allah iaitu hanya Allah sahaja yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makluk ciptaanNya.

Dan keimanan ini dinamakan sebagai Tauhid Uluhiyyah Allah.

12. Jadi orang Islam menerima Tauhid Rububiyyah Allah dan Tauhid Uluhiyyah Allah .

13. Orang Kristian hanya menerima Tauhid Rububiyyah tetapi didalam bab menguruskan dunia ini, orang Kristian mahu cara sendiri bukan cara yang Allah tunjukan. (Ada Muslim tahu ada hukum Islam tapi bagi berbagai alasan tak mahu buat- tapi ini bab lain)

14. Saya tidak bertujuan mahu mengulas hal ugama yahudi. Pertama, saya sendiri kurang faham. Kedua ugama yahudi itu bersifat exclusive iaitu khusus untuk bangsa yahudi.

15. Sebagai seorang Islam kita menerima KEDUA DUA tauhid itu. TETAPI apabila org Kristian menyebut nama Allah, kita sbg orang Islam serta merta tahu bahawa orang Kristian hanya menerima SEBAHAGIAN dari KEKUASAAN ALLAH iaitu menerima Allah sbg pencipta shj. Dan kita perlu ajar keluarga dan extended keluarga kita tentang fakta ini, supaya mereka tidak mudah terpengaruh dgn dakyah Kristian.

16. Rupanya kalimah Allah juga menjadi 'protective word' kepada orang melayu. (lihat berita akhbar dibawah) Kalau kita kiaskan bagaimana kritikan dasar ekonomi baru bahawa DEB menyebabkan majoriti orang melayu memerlukan tongkat, maka kita perlu amat bimbang. Kita takut orang mula mengambil perkataan Allah dengan mudah tanpa perlu memahami isi kandungannya. Kenapa tidak, bila sebut Allah ianya hanya utk orang Islam.

17. Kita takut, kita mula mengambil nama Allah secara bersahaja ataupun 'taking it for granted' kata org puteh. Jika kita tidak faham, dan hanya kita sahaja yg tak faham, itu ok lagi. Tetapi apa yg akan terjadi, tidak fahamnya kita akan Allah Dan Tauhidnya, akan melibat satu pusingan yang sungguh mengerikan, a vicious cycle, kata org putih.

18. Bayangkan kita tidak faham, kemudian kemungkinan besar anak anak kita tidak akan faham, kemudian menantu yang dipilih juga tidak faham, cucu kita yang dilahirkan juga tidak faham kerana anak dan menantu kita tidak mengajarnya, kemudiaan cicit kita tidak faham kerana moyang, datuk, ayah dan ibunya juga tidak faham. Kalau inilah berlaku bermakna Kiamat itu begitu hampir. Semoga Allah jauhkan ada keluarga kita yg terpikat kepada Kristian.

19. Oleh itu menjadi tugas kita untuk faham Allah dan Tauhidnya dan diturunkan kpd anak2 kita, baru lah kita boleh merasa sedikit lega dan yakin bahawa keimanan Islam kita, anak, menantu, cucu, cicit, tidak akan berganjak dengan hanya manusia dari agama lain menggunakan perkataan Allah.

20. Kita boleh menghalang dengan tidak memberikan permit utk orang bukan islam menggunakan perkataan Allah. Tapi bagaimana dengan penerbitan yang tidak rasmi. Bagaimana dengan sebaran sebaran umum. Bagaimana kalau dia datang kepada anak kita dan mengatakan "Tuhan kami juga Allah". Dan kita pula tidak meletakan pertahanan aqidah kepada anak kita.


Kerana itulah, memahami Tauhid Uluhiyah Dan Tauhid Rububiyah itu amat amat amat penting untuk kita, keluarga kita, dan rakan rakan kita di office dan semua umat Islam. Lawati http://satuallah3aq idah.blogspot. com/ utk lebih lanjut dan yang akan datang.